Inilah rumah tempatku membesar
Tak sabar rasanya kami (cho + 2A) nak balik kampung.. ibunya yang sebeno-benonya, 2Atu apaler retinya. Lambat lagi iaitu cuti sekolah nanti sebab Cho ambik cuti seminggu sebab dipaksa oleh tempat kerjani kena ambik "block leave"~5 hari berturut2 (ni mesti nak mengelak dari staf suka2 ambik emergency leave). Semua tertanya-tanya kenapa ler nak ambik cuti tu masa cuti sekolah walhal Cho ni idakler ada anak yang bersekolah sedangkan staf melayu yang lain semuanya nak ambik masa hari raya. Cho tak "hengin" ler nak ambik masa raya sebabnyer kalau ambik cuti 3 haripun rasanya dah seminggu cuti apaker halnyer cuti lama-lama nak beraya kemanapun..
Sebab utama ambik masa cuti sekolah sebab nak cuti puas-puas sebab kalau hari raya tak bercuti sibuk berbagai xtvt menyambut tetamu @ tengok tv @ berkunjung rumah sedara tak best.. Ni nak bercuti sakan dan dah macam-macam program dalam kepala dan banyak tempat makan nak pergini. Janganler pulak adik bongsu Cho tak dapat bercuti rosakler program. Lagi satu kalau masa cuti sekolahni rumah opah di kampungni lebih meriah dengan kehadiran cucu2 Ansarian, baruler bermakna percutian 2A kali ini..
Sebab utama ambik masa cuti sekolah sebab nak cuti puas-puas sebab kalau hari raya tak bercuti sibuk berbagai xtvt menyambut tetamu @ tengok tv @ berkunjung rumah sedara tak best.. Ni nak bercuti sakan dan dah macam-macam program dalam kepala dan banyak tempat makan nak pergini. Janganler pulak adik bongsu Cho tak dapat bercuti rosakler program. Lagi satu kalau masa cuti sekolahni rumah opah di kampungni lebih meriah dengan kehadiran cucu2 Ansarian, baruler bermakna percutian 2A kali ini..
Inilah rumah Cho membesar dengan adik-adik yang lain dan begitu banyak kenangan yang terukir di sini. Rumah yang dibina dengan kepayahan apak /emak memberikan kami pendidikan dan perlindungan yang baik selama ini. Terngiang gelak dan ketawa semasa kami kecil-kecil dahulu, kena marah dengan apak sebab tak hafal sifir, berebut-rebut masa nak makan, menghias rumah semasa nak raya dan banyak lagi. Teringat lagi meja panjang yang apak tempah khas, separuh digunakan sebagai tempat makan dan separuh lagi tempat kami study. Kalau orang datang mesti tertanya-tanya kenapa perlukan meja yang panjang sedangkan kami hanya 5 adik beradik. Selalunya apak menggalakkan makan secara berjemaah dan selalunya juga leteran atau juga nasihat akan kedengaran semasa ini dan kadang-kadang tak tertelan rasanya makanan kalau kena marah!! padan muka nakal sangat..
Inilah rumahnya!! rumah kampung memang agak besar tapi sekarangni disebabkan emak dan apak sahaja yang tinggal di sini rumah yang atastu sedikit terbiar. Oleh kerana emak Cho pun sakit lutut sekali-sekali sahaja dia membersihkan rumah bahagian atas itu.. Apak buta rumahni dulu beransur-ansur maalumler bukannya buat dengan duit pinjaman kalau meminjampun dengan Kooperasi sahaja dengan jumlah yang sedikit. Dulu riuh rendah rumahni sebab emak Cho mengajar budak-budak mengaji Quran sekarangni dah sunyi sepi ler sikit kecuali cuti-cuti cucu dia ada balik kampung.. Bestnyer ingat masa dulu-dulu...
cantek..penuh nostalgia umah tuh..
ReplyDeletebergrill penuh..tp bgs la utk keselamatan..
ReplyDeletebesarnyer rumah mak ayah kak cho..
ReplyDeletebest kan ada rumah camtu masa kecil2 dulu..
yus dulu dok rumah flat 3 bilik seramai 14 orang, bayangkan??
cho.. selamat balik kg.. kat maner yer rumah tu? parit ker? tepi jalan? agak2 mcm penah nampak...
ReplyDeletewah.. cantik la.. beso umah nya.. kenangan kan
ReplyDeletebeso tuh.. syok nih lari2 naik atas turun bawah.. hehheee..
ReplyDelete