Pusat Akuatik Darul Ehsan

Pada 02/05 yang lepas 2A telah ditemani oleh 3 orang lifeguard iaitu Aziq, Faiq dan Fiqri bermain-main air di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam dengan bayaran tiket RM2.00 untuk kanak-kanak berumur 3thn-12thn dan RM2.50 untuk dewasa. Ini merupakan pengalaman pertama Atikah dan Azalia mandi di tempat selain besen mandi di bilik air, tu yang bawak sampai 3 orang abang. Terima kasih kepada Nek Shu yang sudi memberikan baju renang cik Nadia semasa kecik yang masih elok belaka dan abang-abang yang menjaga keselamatan dan melayan kerenah 2A hari tu..


Seronok betoi tengok gelagat diaorang mandi haritu, kalau tau cam gitu ibu pun boleh terjun sekali kan best..Walaupun cuaca petang tu panas terik sekali namun keserokan melihat gelagat mereka berendam telah mengatasi keperitan kulit Cho petang itu. Lihat sahaja aksi2 Atikah yang pada mulanya takut2 berbanding dengan adik dia yang begitu berani dan yakin sekali berada di kolam renang...

Kenangan pertama kali mandi dikolam mandi.. sukanyer dia..



Ini ler aksi Atikah yang pada mulanya takut-takut nak masuk air lepastu tak nak pulak balik.. kita datang lagi yer ibu...


Azalia memang teruja dan menakutkan hati ibu ajer sebab langsung tak takut dan begitu yakin nak dilepaskan (tak nak orang pegang)...


Budak gedik tersengih gembira...


Comments

  1. salam cho zila,

    selamat hari ibu, kemput ke blog amil hadiah jambangan bunga
    http://kakyong72.blogspot.com/2009/05/makbonda-ku.html

    ReplyDelete
  2. Happy Mother's Day to u...

    Hari panas-panas ni, kalau berendam, memang besh... :)

    ReplyDelete
  3. wah..seronoknya 2A tu mandi2 kat kolam ya.. ni klu mirul ni.. ada yg taknak naik ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts