Simpanan Shariah KWSP

Ingin berkongsi dengan kawan-kawan tentang simpanan shariah KWSP yang heboh diperkatakan sebelum ini. Akak telahpun mendaftar di KWSP cawangan Puchong sebelum tarikh tutup. Memang ramai yang menyerbu kaunter namun pujian harus dibuat kepada semua kakitangan KWSP. Berkongsi cerita whatsapp dari kawan-kawan ramai yang memuji tentang servis yang diberikan. Ramai yang berkata walaupun ramai tapi tidak lama.
Inilah perbezaan antara simpanan sedia ada dengan simpanan Shariah. Harap yang sudah mendaftar faham yang kita tidak boleh sesuka hati hendak kembali bertukar kepada simpanan konvensional. Sekali Shariah selamanya Shariah.. Jangan nanti dividen simpanan konvensional lebih tinggi mulalah hendak menyalahkan pihak KWSP. 

Memang mudah sangatkan... Hanya perlu membawa kad pengenalan... lepastu dapat SMS dan juga surat rasmi dari pihak KWSP.
Tengok nombortu rasa tidak sanggup tunggu.. Akak pergi bukanlah hari pertama tapi masih ramai yang datang..
Khemah di sediakan untuk kemudahan ahli.
Orang ramai sabar menanti...
Tapi macam akak tulis tadi walaupun ramai tapi prosesnya sangat cepat.. 

Semoga simpanan Shariah KWSP mampu memberikan pulangan yang baik sepertimana simpanan yang lain.

 KEMASKINI:- 

Ambil dari laman web KWSP.GOV.MY .. Untuk yang belum lagi mendaftar adalah dimaklumkan yang dana diperuntukkan adalah RM100 bilion. Jika ingin bertukar lakukanlah sebelum 23 Disember 2016 untuk pilihan simpanan shariah 2017..
  • Bilakah inisiatif ini akan dilaksanakan?
    Pendaftaran Simpanan Shariah bermula 8 Ogos 2016 dan sebanyak RM100 bilion dana patuh syariah diperuntukkan bagi 2017. Bagi melayakkan ahli mendapatkan tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah pada 2017, ahli mestilah memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah selewat-lewatnya pada 23 Disember 2016, tertakluk kepada peruntukkan dana tersebut.

Comments

  1. Assalam kak Cho Zila..lama JM x singgah sini..akak sihat?

    ReplyDelete
  2. adei..lama tu tunggu Q...kalau servis cepat tak lah bosan menunggu

    ReplyDelete
  3. tak buat pon lagi kak..bab menunggu tu yang lemau..

    ReplyDelete
  4. dh ramai yg tukar kan kak.... ada sesetangah tempat tak pyh tunggu lama...

    ReplyDelete
  5. Barulah senang nak tengok..... kalau ada comparison macam ni CZ...Lum tukar lagi ni. Bilalah nak gi agaknya ni

    ReplyDelete
  6. Saya beli tukar lagilah, Cho. Nak kena pergi sendiri tulah yang buat bertangguhnya sebab cuti pun tinggal berapa kerat aje nih. Nak tunggu sebelum tutup boleh kot sebab masa tu ada cuti umum di Jepun, so kita orang pun tutup pejabat!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts