Sekolah Raja Perempuan Taayah Ipoh
Terkenangkan memori indah yang berlaku di sini kala melihat kiriman gambar sekolah lama dari grup whatsapp..Walaupun sudah berpuluh tahun meninggalkan sekolah ini namun kenangan manis tetap bermain di fikiran ini. Rasa ralat tidak belajar bersungguh-sungguh juga datang di fikiran ini...
Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) Ipoh Perak sekolah akak semasa dari tingkatan satu hingga tiga... Teringinkan kebebasan kononnya akak mohon pada bapak untuk bersekolah biasa di kampung..Rugi dan ralat padahal ramai yang mengimpikan untuk bersekolah di sini...
Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) Ipoh Perak sekolah akak semasa dari tingkatan satu hingga tiga... Teringinkan kebebasan kononnya akak mohon pada bapak untuk bersekolah biasa di kampung..Rugi dan ralat padahal ramai yang mengimpikan untuk bersekolah di sini...
Ah... tinggalkan satu-satunya benda yang paling akak kesali dalam hidup ini..Menangis air mata darahpun tidak mungkin kita boleh kembali kepada zaman itu...Sekolah asrama perempuan memang suatu memori yang indah untuk dikenang... Terbayang wajah gembira emak dan apak masa menghantar akak dulu... Tidak mungkin dilupakan saat kena 'ragging' dengan kakak senior.. saat nakal lari dari ustaz sebab tidak pergi sembahyang terawih.. Saat paksa rela kena 'turun padang' setiap petang... Saat belajar mata pelajaran sains rumah tangga dengan cikgu yang cantik tapi garang amat... Saat kali pertama belajar bahasa arab.. saat ramai kawan kena histeria... oh memang antara 6 buah sekolah yang akak belajar kenangan di SERATA sungguh luar biasa...
Sebab akakpun tidak pernah menjejaki sekolah selepas meninggalkan sekolah memang banyak perubahan. Dari gambar whatsapp kawan bagi terasa ingin sekali kembali ke sekolah tersebut. Kalaulah Atikah dapat bersekolah di sana alangkah bagusnya.. Jadi ingin berkongsi gambar di sini... Sebab nak buat entri ini akak terjumpa laman web rasmi sekolah :- TAAYAH.COM. Banyak kejayaan yang dicapai oleh adik-adik junior akak sekarang.. Tahniah ...
Bangunan tiga tingkat ini belum ada di zaman akak...
Tidak taulah akak ini bangunan apa...
Ini asrama ...
Nama asramapun dah bertukar...
Kalau dulu rumah biru, hijau, kuning, merah dan putih..
Kini nama asrama sudah bertukar kepada nama isteri nabi...
Kalau dulu sembahyang di surau bawah rumah kuning..
Kini telah ada surau khas yang lebih selesa...
Inilah dewan makan kot tapi dulu tak macamni..
Entahlah ... mungkin sudah tidak sama lagi...
Teringatlah dulu betapa bosannya makanan di asramakan...
Kawan akak yang mengirimkan gambar...
Jenuh berfikir ini di bahagian manalah pulak...
Memang berubah sangatlah...
Sumber gambar :- LOLIPOPKPOPEXO
Bas sekolah yang juga berubah kalau dulu warna hijau...
Teringat arwah pakcik driver yang memang baik hati orangnya..
Kalau ke pekan Ipoh dulu paling seronok dapat naik bas sekolah..
Bazaar bulat di pekan Ipoh yang menjadi tempat menunggu baspun kini telah tiada...
Lagi satu tentang SERATA ada gimnasium sekarangni...
Mungkin padang sekolah sudah tidak sebesar dahulu...
Dari gambar di atas gimasium terletak di seberang jalan maka kenalah naik jejantas ...
Kalau nak tahu zaman akak dulu SERATA memang hebat dalam sukan hoki...
Selalu menjadi juara di peringkat daerah dan negeri...
Akak dulu jadi tukang sorakjer...
Lencana sekolah yang menjadi kebanggaanku...
Yang ini tidak berubah...
Yang ini tidak berubah...
Bangunan inilah tempat akak belajar...
Nampak berkurun lamanya yer...
Macamana SERATA mendapat nama?
Nampak berkurun lamanya yer...
Macamana SERATA mendapat nama?
Raja Perempuan Taayah merupakan permaisuri yang disayangi oleh rakyat Perak.Baginda terkenal dengan sikap yang ramah mesra.Baginda boleh bergaul dengan sesiapa sahaja.Baginda dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada 7 Februari 1955.Sebagai menghargai sumbangan baginda,kerajaan negeri Perak telah menamakan sebuah sekolah di Perak dengan nama baginda.Sekolah Raja Perempuan Taayah merupakan sebuah sekolah yang amat dikenali di negeri Perak. sumber > WARISAN PERMAISURI
kenangan zaman sekolah rendah n menengah mmg kenangan paling manis yg nak sgt kita ulangi kan kak....
ReplyDeletebetul kak..kalau tgk sekolah tempat kita belajar dulu..byk berubah...bangunan pun dah di ubahsuai
ReplyDeleteMemang banyaklah perubahannya Cho. Kita pun dah berpuluh tahun meninggakan bangku sekolah katanya. Memang indah saat mengenang zaman persekolahan ni walaupun semasa melaluinya, selalu aje berharap supaya cepatlah habis zaman persekolahan.
ReplyDeleteTentu Cho pun bosan makan ikan plastik kat dewan makan asrama yerk. Saya yang tak pernah makan ikan plastik di rumah ni pun tetiba tahu makan! Dah terpaksa, nak buat macamana. Tak akan nak suruh mak masak hari-hari dan hantar ke asrama pulakkan! Bukan kerja mudah pun!