Kedai Makan Tepi Bendang Jalan Ipoh - Lumut
Lama sungguh tidak menulis blog... rindu tu memangler rindu...
Masa umpama tidak cukup 24 jam sehari...
Gambar balik kampung ... lama dah!!
Kalau dulu masa arwah apak ada memang tak merasa nak makan di luar...
Balik kampung bermakna masak dan makan di rumah beramai-ramai...
Balik kampung bermakna masak dan makan di rumah beramai-ramai...
Semenjak emak pun bukanlah sihat sangat kami selalu ajak dia makan di luarjer sekali sekala...
Pilihan kedai di kampung sekarang dah ada pelbagai terutama kalau lajak sikit ke Sri Iskandar...
Akak rasa macam dah ada di Shah Alamjer tengok pelbagai restoran yang di buka...
Kedai yang menjadi pilihan kali ini di tepi jalan Ipoh - Lumut selepas jambatan yang menyeberangi sungai Perak.
Selepas lampu isyarat , jalan sedikit ke hadapan dan kedai tersebut terletak di sebelah kiri jalan ..
Boleh nampak sebab banyak kereta yang berhenti di situ...
Paling best sebab kedainya terletak di tepi bendang...
Kalau musim padi berbuah memanglah nampak cantikjer...
Dan yang penting memang terdapat pelbagai pilihan lauk pauk dan ulaman di kedai tersebut..
Nama kedai dah lupa atau tak pernah ambik tahu...
Orang bandar boleh singgah sini kalau nak rasa makan suasana kampung....
Akak memang suka sangat dengan bendang dan laut... sebab rasa seluas mata memandang...
Pandang atas birujer...
Nasib dik Ya rajin layan sepupu keciknya...
Orang sibuk makan budak-budak sibuk main..
Nasib kedainya agak luas...
Tak tau kenapa budak kecik memang suka dengan dik Ya...
Inilah rupa kedai makan tepi bendang dari depan...
Itu sahaja cerita kali ini... harap dapat tulis blog sekerap yang dulu namun apakan daya tidak tercapai hajat ini... Kena uruskan masa dengan lebih baik lagi... Berkunjung ke blog kawanpun sudah tidak serancak dulu...
Wah bolehlah saya singgah jugak makan kat situ lepas ni nampaknya CZ.
ReplyDeleteSaya ni boleh kata selalu jugak ke Seri Iskandar sejak anak belajar kat situ. Malas nak ke Ipoh, layan jerlah wayang kat Billion tu hihi...
wah bestnyaaaaaaaaaa
ReplyDeletesamalah.. kita kdg sempat baca sekali lalu..x smpt nak komen2..
ReplyDeletemsti sedap angin dtg dari bendang tuh kan kak.... mmg cantik pemandangannya... nk makan pun rasa syok je
ReplyDeleteAssalamualaikum CZ,
ReplyDeleteMenarik kedai makan tepi bendang..
Sambil makan dapat tengok pemandangan mesti best!
Dah lama tak balik kag gajah, Perak. Kalau balik sana mesti lalu bendang macam ni. Suka tengok.
ReplyDeleteKak... Saya keja kat cyberjaya lagi. Jom ngedate ☺
Tak pernah sampai lagi ke Sri Iskandar tu, Cho. Selalu dengar cerita rakan di blog aje.
ReplyDeleteSeronoknya kalau sambil makan sambil menikmati pemandangan macam ni.
Saya rasa saya dah nampaklah kedai makan ni masa ke Sri Iskandar baru-baru ni. Bila tengok kedai ni rasa macam pernah tengok. Rupa-rupa tengok dalam blog Cho ni ^_^
Deleteada cendol x. heheh
ReplyDeletesamalah ngan JM..semakin kurang berblog..blog walking dah kurang
ReplyDelete