Sup Suun Fucuk dengan sambal ikan bilis

Mood rajin sebab gambar semua sudah ada dalam draf..
Cuma tinggal untuk karang cerita sahaja.. jadi terimalah..
Hanya ingin berkongsi cerita dengan kawan-kawan tentang resipi ringkas ini...
Inilah masakan yang selalu bermain di kepala kalau dah tak tahu apa yang hendak di masak...
Masakan ringkas tapi senang memikat selera anak-anak...
Akakni selalunya angan-angan tinggi nak masak macam-macam...
Jangan tak percaya buku resipi mengalahkan blogger masakan terkenal....
Maalumler pantang nampak resipi semua nak diprint kalau dulu semua nak ditulis...
Tebal buku resipi tapi memasaknya balik-balik resipi yang sama...
Jadi bertahanlah wahai seisi rumah semua.....
Hairan bin ajaib kot Atikah .. kenapalah ibu dia nak ambil gambar ikan bilis cili yang seconet ini...

SUP SUUN dan FUCUK

Sayur Suun dan Fucuk hendaklah direndam seketika...

Bahan-bahan :-
Kentang ( potong kecil atau baji )
Lobak merah (potong bulat atau panjang)
Suun dan Fucuk
Telur
Garam dan Perasa

Bahan tumis :
Bawang merah
Bawang putih
Udang kering atau Udang hidup atau ikan bilis

Bahan Hiasan :-
Daun sup dan daun bawang
Cili merah/ cili padi
Bawang goreng

Cara-cara :-

~ Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan tumis. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau..
~ Masukkan udang kering atau sewaktu dengannya...
~ Masukkan air dan masukkan kentang dan masaklah sehingga kentang empuk.
~ Semasa kuah masih mendidih pecahkan telur, jangan kacau dan biarkan telur masak...
~ Masukkan lobak merah dan biarkan seketika jangan biarkan layu..
~ Kemudian masukkan suun dan fucuk juga cili merah. Kacau sehingga mendidih..
~ Masukkan garam dan perasa biarkan seketika...
~ Akhir sekali masukkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng (ini memang jarang bubuh kecuali kalau teringin - sebab anak-anak akak kurang suka)
~ Tutup api dan sedia untuk dihidangkan..
Inilah yang seronoknya nampak meriah sup suun fucuk akak hari ini...

SAMBAL IKAN BILIS

Untuk cili :-
- Tumiskan cili kering sebanyak yang boleh menyelaputi ikan bilis goreng...
- Bila dah garingtu masukkan secubit gula atau dalam kadar berpatutan...
- Balik-balikkan dan tada dah siap... Ketepikan...

Baru boleh goreng ikan bilis sehingga garing....
Cili kita juga dah sejuk dan bolehlah di satukan dengan ikan bilis...
Letakkan dalam bekas yang kedap udara selepas sejuk...

Nota :: ini juga makanan akak semasa tinggal di hospital selama dua bulan setengah dulu...
Boleh disimpan berhari-hari kerana tiada penggunaan bawang di sini...
Masakan paling mudah tidak semestinya tak sedapkan...
Silap haribulan boleh bertambah nasi berpinggan-pinggan....

Menu ringkas sarapan kalau di hospital...
(kenangan mertua akak di hospital IJN minggu sudah- dah keluarpun)
Kita juga boleh praktik dirumah...
Ada roti dua keping, telur dadar ada bawang, jem dan mentega...
Minum milo secawan .. kenyang Insyaallah...

Comments

  1. walaupun ringkas ckp membuka selera nih kak.... sesuai sgt sup suun gitu ngn bilis sambal tuh...
    kalu tak mkn ngn nasi mkn sup suun tuh pun dh ckp... siap ada tlr lg kn

    ReplyDelete
  2. heheh..macam sama je dengan saya kak..buku resepi bukan main tebal..kejap2 selak..last2 ayam masak kicak je yang dibuat..heheh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts