Alahai... kenapa ini yang terjadi

Saya begitu emosional sekali ketika mendengar berita tentang kematian insan secomel Syafiah Humairah yang dikatakan ditendang dan dipijak oleh kekasih ibunya. Maka terbayangkanlah anak saya Atikah yang umurnya lebih kurang sebaya dengan Syafiah. Tak dapat saya gambarkan dengan kata-kata kesakitan dan penderitaan yang di alami oleh anak kecil itu dan sukar untuk saya hamburkan kata-kata yang sesuai untuk pelakunya itu. Tidak adakah rasa belas kasihan di hatinya dan sudah hilangkan pertimbangannya kerana memperlakukan perbuatan itu dihadapan orang ramai. Agaknya sebelum ini apalah yang telah dilakukan olehnya terhadap mangsa... Ya Allah lindungilah keluarga kami dari bala bencanaMu ya Allah.

Paling menggerunkan apabila kita ketahui ibunya yang sepatutnya melindungi anaknya juga telah melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku kepada orang yang mengaku beragama Islam. Sudah pastilah semakin sedih mengenangkan nasib Syafiah selama ini dan mungkin pemergiaannya ada HIKMAH yang tersembunyi dan semoga roh anak kecil ini akan bersemadi dengan aman. Saya masih rasa tidak puas hati kalau tak dapat menyatakan di sini sebagai ibu rasanya kita pasti akan dapat melihat walaupun hanya sedikit calar atau lebam kerana kitalah yang mandikan dia, kita yang bedakkan dia, pakaikan baju dia. Isyh!! tak puas hati sungguh rasanya...

Tidak juga saya ingin memanjangkan cerita ini yang telah diketahui serba sedikit dari akhbar yang memang memalukan kita sebagai umat Islam yang terpaksa juga menjawab pertanyaan rakan sepejabat yang bukan beragama Islam. Semoga kita semua mengambil iktibar dari kejadian dan sentiasalah ber"busy body" untuk kebaikan demi memelihara kesejahteraan sesama kita.

Air mata darah sekalipun tidak akan mengembalikan Syafiah. Semoga saya akan dapat menjadi ibu yang berguna dan berharga untuk kedua permata hati saya. Tengoklah buku mewarna Syafiahtu, kalauler dia yang mewarna upin dan ipin itu ternya dia anak yang ada masa depan kerana anak saya yang ke tadika itupun sering diingatkan "lukis dalam kawasan".

Comments

  1. manusia zaman skang x tau nak beza yg mana elok & x? sumer nak mudah..kesian budak tuh .. 3 tahun dah merasa sakit... kiter kalo pukul anak kiter pun rasa bersalah ya amat... inikan disepak terajang... zalim tul

    ReplyDelete
  2. erghhhh nurul kalau dapat mak dia ni mahu cekik-cekik leher dia...kalau tak sanggup jaga anak tu baik bagi dekat nurul aje dari dia buat mcm tu..binatang pun sayangkan anaknya..malu betul aku dengan emaknya ni huhuhu

    ReplyDelete
  3. salam..maaf, sy pun dah lama tak jenguk sini, aritu tukar layout blog, lupa bookmark blog list, habes semua hilang.. T_T

    sy masih menganggur kak..:(
    sy abes blajar dec09 aritu, tp lum dpt keje lg..byk tmpt dh sy try tp xde rezeki..cgpa sy pun biase2 je, xde la gempak sgt, so nk hrp kje gemapk2 tu tak la..huhu

    blog sy tu sy 'pinjam' layout dr web je kak, malas nak edit coding2 lg..dh lama tinggal..serabut..so nk masuk suku abad ni, cr la yg simple2 & matang sket..hehhe ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts