Nuffnang saya

Thursday, August 13, 2009

Al-Fatihah untuk Tuan Haji Kamaruddin


Tarikh 08/08/09 adalah tarikh yang akan akak ingati kerana tarikhtu pada haritu akak mempunyai pelbagai xtvt untuk dipenuhi namun kita hanya mampu merancang namun Allah juga yang menentukan. Atuk akak yang sebelumni akak menulis cerita harijadinya yang ke 100 dimasukkan ke wad kerana cirit birit. Memang rasa tak sedap hati walaupun emak cakap takler teruk sangat tapi entahlah rasa cam kena jugak balik kampung walaupun dah berangan lama nak menghadiri reunion ngan budak2 SERATA kat UPM dan lepaihtu cadangnyer nak ke Putrajaya ada perjumpaan ngan geng HOT LOVELY MOM (HLM) yang selama ini berjumpa di fotopages sahaja... Nampaknya memang tak der rezeki akakler..

Kebetulan haritu keluarga mertua akak mengadakan kenduri tahlil sempena nak menyambut ramadhan, jadinya akak bercadang selepas majlistu akak akan bertolak balik ke Perak.. lagipun tak der apa yang nak dirisaukan. Akak memang dah tak lalu nak makan rasanya walaupun menunya memang kena dengan tekak iaitu gulai tempoyak ikan patin, sambal tempoyak, perut masak lemak, dan banyak lagiler.. Hati akak teringat2 dengan atuk akak yang tercinta itu.

Selepas sembahyang zohor kami bertolak balik tapi disebabkan suami akak kurang sihat haritu dia bawak kereta takler selaju yang akak harapkan. Tapi akak kata dalam hati takder benda yang nak dikejarkan.. takperlah lepastu telefon adik dia kata diaorang di Pekan Air Tawar lagiler akak kata okler tu. Sampai di Batu Gajah adik akak telefon lagi dia kata tok sesak nafas, akakpun dah gabra semacamni rasa cam nak terbangjer.. Sampai di Tronoh gitu adik akak call lagi tapi talian tak berapa elok akak dah redhajer tapi Atikah leh kata cam gini "jom kita gi kubur".. Macam tau2jer. Tiba di Hospital Changkat Melintang akak tengok adik akak dengan sepupu tengah mencari2 sesuatu, dia kata tok baru meninggal lebih kurang 5 minit jer.. Tak sempatler akak menatap wajah terakhirnya. Tapi akak rasa lega sekurang-kurangnya akak balik mendahulukan dia walaupun hati tergedik2 nak jumpa kawan-kawan. Semoga Allahyarham Tuan Haji Kamaruddin ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh..

Klik link ini untuk melihat kisah sambutan harijadi ke 100 beliau haritu:-
http://ikhlas-atilia.blogspot.com/2009/02/selamat-hari-jadi-tuan-haji-kamarudin.html Sebelum ini beliau tidak pernahpun menyambut harijadi, rupanya inilah sambutan yang pertama dan terakhir.. Akan datang akak akan cuba ceritakan kisah kehidupan dia... Antaranya ialah dia pernah ditarik balik jawatan Naib Kadhi kerana menentang keputusan Sultan Idris (sultan Perak sebelum ini) yang mengisytiharkan hari raya sedangkan Majlis raja-raja mengatakan tidak kelihatan anak bulan.. Kecoh masa tu... Kami akan sentiasa merindui tok

2 comments:

  1. Lama tak dengar khabar zila...
    Tup-tup ada cerita sedih..
    Takziah dari kami...Al-Fatihah untuk arwah Tuan Hj.Kamaruddin.Semoga rohnya dicucuri rahmatNya.

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang