Nuffnang saya

Friday, August 15, 2008

Besar Periuk Maka Besarlah keraknya


"Besar Periuk maka Besarlah Keraknya"... Peribahasa melayu yang mengambarkan jika seseorang yang berpendapatan besar maka lebih besarlah perbelanjaannya. Ini memang terjadi, maka tidak hairanlah jika selalunya kita tidak penah berasa cukup dengan pendapatan yang sedia ada. Memang dunia hari ini kepada yang hidup dibandar sememangnya mencabar & memerlukan kekuatan dari segi kewangan dan mental untuk memastikan kehidupan dapat diteruskan. Namun kita juga tidak boleh menafikan ada keluarga yang berpendapatan yang kurang dan memiliki tanggungan yang lebih besar mempunyai kehidupan yang lebih teratur.

Kunci rahsianya... setiap dari kita mesti merancang perbelanjaan masing-masing secara berhemah & mematuhi setiap peraturannya. Akak masih ingat kehidupan akak dahulu, bapak akak hanya seorang guru dan emak pula hanyalah seorang guru KAFA. Semasa kami bersekolah, emak pasti membekalkan makanan kepada kami bertiga (akak dan dua adik lelaki) dan duit untuk belanja sekolah hanya sedikit. Jarang sekali kami sekeluarga dapat makan diluar kecuali semasa apak dapat gaji @ menjual koko( kami ada kebun koko, apak usahakan sendiri). Itupun makan hanya di kedai mamak pekan Ayer Tawar, namun seronoknya masatu Tuhan aje yang tahu. Apak jarang-jarang sekali bertukar baju dan selalunya dia akan memakainya sehingga lusuh. Apak hanya merasa menggunakan kereta baru (Iswara Aerobik)bukan kereta 2nd hand sebab anak-anak yang membelikan untuk dia.

Dan lihatlah kehidupan anak muda harini, baru sebulan bekerja dah berkeinginan untuk membeli kereta yang baru dan sentiasa menukar telefon untuk sama standard dengan orang lain. Belum lagi tengok baju dan kasut yang mesti berjenama dan silih berganti. Inilah yang selalu apak bebelkan pada kami kalau dia datang ke rumah atau kami balik ke kampung. Kesimpulan yang akak dapat, apak insan istimewa yang sentiasa berpegang kepada " Ukur baju dibadan sendiri" supaya tidak merana dikemudian hari

Oleh itu walau sebanyak manapun pendapatan dan semakin banyak cabaran yang perlu kita hadapi hari ini, kita masih perlu merancang kewangan dan kita masih perlu melindungi pendapatan kita kerana kehidupan ini penuh dengan ketidak tentuan. Sebenarnya setiap orang mampu memiliki Takaful tanpa berdolak-dalih lagi sekiranya tahu kepentingannya dan kelemahan dari sudut ekonomi dan sosial sekiranya tidak memilliki Takaful dan ditakdirkan ditimpa musibah. Pengalaman hidup kita sebenarnya telah memberitahu kehidupan ini tidak menentu, kita hanya mampu merancang, Tuhan sahaja yang menentukan.

Which one is YOU????
Orang yang GAGAL adalah orang yang tidak membuat perancangan masa depan.
Orang yang BAKAL berjaya adalah orang yang telah memikirkan perancangan masa depan
Orang yang BERJAYA adalah orang yang telah melaksanakan perancangan masa depan.

Sudah semestinya kita ingin menjadi orang BERJAYA!! Oleh itu walau semakin besar periuknya maka semakin besar cabaran yang perlu dihadapi dan ini memerlukan kita melaksanakan semua perancangan kewangan yang baik. Ini semua akan dapat memastikan kerak besar yang terhasil itu mempunyai banyak manfaatnya.
Glitter Words

No comments:

Post a Comment

Nuffnang oh Nuffnang