Bayi mati dalam kandungan

Dapatkah anda bayangkan perasaan seorang ibu yang mengandung 33 minggu yang tidak dapat mendengar tangisan bayinya semasa melahirkan. Itulah yang terjadi kepada akak walaupun kenangan itu telah berlalu 5 tahun yang sudah namun tidak pernah akak lupakan walau sedetik.

Akakni kategori yang kahwin lambatler jugak (pst: anak-anak dara sekelian kahwinler cepat kalau dah ada orang yang suka, jangan tunggu lama-lama) dan ditakdirkan nak lekat pun agak lambat gak. Dah setahun setengah gitu baruler dapat khabar gembira yang akak mengandung. Syukur banyak kerana hanya Allah yang tau betapa happynyer aku dan suami masatu, maalumler dua-duapun kira dah berumur. Lagipun tak larat telinga nak dengar orang bertanya bila nak mengandung, tak nak mengandungker, dan macam-macam soalan menyakitkan hati.

Semasa mengandungkan dia ni memang tak banyakpun alahan, malah dalam hatini berkata gak betoiker dalam tv tu kalau orang mengandung alah bagai nak rak, morning sickness lagi isshhh tak baik betoi ler akak boleh kata orangni mengada2 jer kot.. rupanyer dia tak nak menyusahkan akak, sehingga ler ke minggu 26 @ 28 gitu akak pi check kat SMC macam biasa, tiba2 doktor kata kena tahan kat wad sebab nak monitor BP (kes darah tinggi ler ni).

Masa tu rasa macam pelik jer, sebab tak ler rasa pening ker apa cuma macam penat jer. Kenalah akak tahan semalam dan bil untuk semalam itu ialah RM600++ untuk monitor BP plus ubat darah tinggi yang mahal ler tu.. Selepas berfikir panjang kalau selalu dimasukkan ke wad hanya kerana untuk monitor BP tentulah tidak berbaloi sama sekali.

Setelelah perbincangan dibuat kami ambil keputusan untuk pergi ke PPUM sahaja memandangkan suami akak kakitangan kerajaan yang tentulah bil rawatan percuma. Darah tinggi semasa mengandungni memang spesel sebab tu doktor memang sedikit mengambil berat permasalahan ini. Dan untuk ibu2 yang mengandung tu akak nasihatkan sangat tolong ler berhati-hati kalau dapat darah tinggi semasa mengandung. Akak katakan spesel kerana pi PPUM selepas keluar dari SMC tu akaknyer tekanan darah kembali normal dan doktorpun cuma menyuruh akak berehat di rumah.

Akak menjalani kehidupan seperti biasa, tak makan benda masin-masin, tak makan makanan segera dan pantang larang yang biasa untuk orang darah tinggi juga tak buat kerja rumah yang berat-berat.. Pada 13/2/2003 akak ada satu check up biasa di PPUM, perasaan pada masa tu macam biasa dan sementara menunggu tu bersembang ngan ibu2 lain tu bercerita pasal baby dalam perut menendang. Saat itu akak mula rasa tidak sedap hati kerana kebetulan selepas hari raya aidil adha tu ada gak cakap kat suami baby ni tak aktif sangat. Oleh kerana pengalaman pertama mengandung akak tidak dapat bezakan apa cuma akak boleh kata babytu letih kot, ikut logik dia letih sebab apa yek!! alasan nak menyedapkan hati sendiri jer ni.

Semasa doktor suruh masuk dalam bilik, dia suruh baring dan dia tekan2 perut dan pakai alat yang letak kat perut dan kita boleh dengar jantung babytu (kat PPUM tak scan setiap kali jumpa). Doktor tu mula buat muka yang buat kan akak rasa cuak sangat. Dia kata mungkin alat tu tak leh nak cari jantung dia kat mana, so dia suruh akak pergi ke bilik scan. Kat sini memang kita dah rasa sesuatu yang tak elok berlaku, dia kata dia nak panggil doktor yang lagi pakar. Masatu jantung dah berdebar-debar tapi dalam hati cuba menidakkan dan akak dah mula menangis. Doktor suruh panggil husband..

Apabila doktor pakar tu datang dan dia genggam tanggan akak dan cakap " baby awak dah meninggal dalam kandungan, harap awak bersabar ". Doktor tu bagi semangat tapi akak dah tidak mendengar apa pun melainkan akak menangis dan rasa kecewa yang amat.Perasaan masa itu terasa kosong dan tiba-tiba akak rasa amat sunyi. Memang sukar nak dibayangkan dengan kata-kata. Selama 33 minggu kami bersama, akak dah berkomunikasi dengan dia dan akak dapat rasakan kehadiran dia dan tiba-tiba dia meninggalkan kita.

14/02/2003, aku memang ingat sampai bila2. Hari Kekasih mungkin bagi orang lain tapi hari tu adalah Hari Kasih Sayang buat akak kerana pada hari tu anak akak dilahirkan dan akak dapat melihat wajah nyer yang comel dan hari itu juga anak akak meninggalkan akak selamanya. Bayangkan di wad bersalin tu akak mendengar setiap tangisan bayi setiap kali ibu melahirkan anak. Sedangkan akak terbaring disitu setelah di inducekan pada waktu pagi dan hanya bersalin pada pukul 4.00 petang dan ketika melahirkan tiada tangisan yang dapat akak dengar. Ya Allah berikan kekuatan kepada ibu2 seluruhnya jika mereka juga mengalami saat-saat seperti ini.

Ini adalah kenangan yang paling mendalam dalam kehidupan akak dan akak tidak pernah mengalami perasaan seperti ini sehingga ke hari ini. Akak masih menginggati saat2 akak cium dahinya dan juga pelukan pertama dan terakhir akak pada anak ibu tersayang Mohamad Najmi bin Mohamed Rafi.
Inilah kubur anak akak di Danau Kota.

Comments

  1. Anonymous18 June, 2008

    ala akak ni, buka cite sedih pulak.tak pasal2 sebak saya kat opis ni. sorry kak zila, sedih la baca cite ni :( anak saya yg spatutnya due 14/02 tu lahir awal 1hari iaitu 13/02/08.

    please keep in touch! :)

    ReplyDelete
  2. Assalmualaikum...
    anak saya pun meninggal tapi dah masuk 28 minggu dalam kandungan secara mengejut... 02.04.2008.. memang sedih tapi ada anak sulung untuk pengubat kesedihan....
    tapi kehadiran khayrah sebenranya walaupun sekejap merupakan pengubat dan penyelamat rumah tangga kami..

    merpati010504@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Anonymous13 May, 2010

    salam.
    bb sy baru meninggal 3 ari lepas. tak namakan lg.. tak keluarkan lg.. doc bg appointment dulu.. nx wk kot baru induce.tp harap2 sakit datang sendiri.. doakan yg terbaik utk sy n arwah..

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum...

    anak saya pun meninggal dalam kandungan dah 37 minggu...saya mengalami perkara yg sama,bahkan masa tue sya g checkup seorang diri,allah swt jerr tau cam nerr perasaan sya masa tue' akhirnya arwah izz dilahirkan 18/01/2011.sya bersalin di KPJ Kajang.2 hari di KPJ saya tak dgr lgsung bunyi tangisan bayi baru dilahirkan...sekarang saya baru habis pantang dan baru dapat menangis sebetulnya selepas melawat kubur arwah...

    kechiks7@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. Salam semuanya, saya baru melahirkan anak ke empat pada 8hb April 2011 selepas di induce yang ke dua kali ...Anak yang sangat ditunggu tunggu kehadirannya dilahirkan normal tetapi sudah meninggal dunia sebelumnya dalam kandungan..Sedih teramat sangat kerana tidak pernah termimpi seumpama begini akan terjadi,walau bagaimanapun arwah anak sudah tentu tempatnya di syurga merelakan hati ini untok kepergiannya di sisi Allah..Kepada ibu ibu yg mengalami perkara sebegini, muga kuat semangat dan bersabar menghadapi dugaan Allah ini..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...
    Kisah sedih ini baru terjadi kat saya. Kandungan saya yg berusia 28 minggu telah meninggal dunia di dalam perut.Memang sedih,hancur & runtuh hati ini kerana ini adalah ank sya yg pertama hasil dari perkahwinan sya selepas 2 1/2 tahun..Saya di induce 4 kali dan melahirkan anak lelaki secara normal pada 26/4/2011.Masih terasa kehangatan nya lahir dari rahim ku..Tiada tangisan bayi seperti yg di harapkan..sya tdk berkesempatan mlihat nya dn mendakapnya buat kli terakhir..Tuhan saja yg tahu betapa sedihnya rasa hati ini..Kini sya msh berada d dlm pantang dn diri ini tdk sbar utk melawat pusara anakku; Muhd Ammsyar Muffazal..Sememangnya ku rindu terhadap nya..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Anonymous12 June, 2011

    saya juga menglami benda yg sama..bayi saya meninggal ketka dlm kandungan 24minggu...persaan macm nak gile pun ader..tambahn pulak baby girl..sedih dan berat yg amat sagt nak pikul bebanan perasaan ni..tp saya kuatkan juga hati sebb asaya tahu die akan menanti saya di Sana nanti..dan saya sudah pun beri nama untuk anak ibu.air mata ibu tak pernah kering untuk mu sara....noor saramia..al-fatihah

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum wbt..
    anak saya meninggal dlm kandungan ketika usia kandungan mencecah 30mggu pada 10 jun 2011..dan ini merupakan anak pertama saya setelah brkhwin 6jun2010.genap setahun usia perkhwinan saya,saya harus menyambutnya dengan linangan airmata apbila dkhabarkan tntg kematian janin dalam kandungan..hanya Allah sj yg tau betapa hancurnya hati ni setelah segala persiapan utk menyambut kelahirannya baru shj selesai beberapa sblum brita sedih ini..ternyata Allah lebih syg pdnya..kini dlm proses berpantang tanpa kehadiran anak kecil yg dnanti2kn..kuatknlah semangat hambaMu ini Ya Allah..sy rindu sgt pd anak kecil yg selama ini ternyata mebrikan kebahagian spjg tempoh kehamilan..sygku Muhammad, mak sgt rindukn syg..doaknlah mak & ayh sjahtera d dunia n akhirat..

    ReplyDelete
  10. Bila terbaca komen ini baru terasa "kalau kita terasa berat sangat dugaan yang dihadapi ingatlah ada orang yang dugaannya lebih berat dari kita..." Akak harap kita semua akan berjaya menghadapi dugaan ini tanpa rasa bersalah kerana yang pasti Allah tidak akan menduga kita lebih dari kemampuan kita Insyaallah.. Kepada Ana akak harap Ana bersabar sebab akak dapat merasai kesedihan Ana...
    kepada yang lain juga sebenarnya akak baru terperasan yang banyak sebenarnya komen yang diberikan untuk tajuk ini....

    ReplyDelete
  11. terima kasih kak zila krn mberi nasihat dan semangat kpd diri ini tuk teruskn kehidupan..sesungguhnya pengalaman ini akan mnjadi kenangan yg takkan pernah saya lupakan sepjg hyt.kpd ibu2 yg pernah alami situasi sbegini, sesungguhnya kalian ibu yang tabah dan telah di pilih oleh ALLAH tuk mgharungi ujian drNya..yang pergi tetap pergi..anak kecil yg meninggalkan kite itu telah djanjikan tmpt yg lebih baik oleh Allah swt, dan bakal menanti ibubapanya di pintu syurga kelak..

    ReplyDelete
  12. Ana: Alhamdulillah, kata2 ana menenangkan dan menguatkn ati saye yg masih dlm proses pemulihan. Semoga kita akan di kurniakan zuriat dlm masa terdekat.. Aminn..Sama2 lh kita jgn berputus asa..
    Kak Zilah: Terima kasih kerna membaca blog saye,walaupun kita di bukan negeri yg sama,ttpi pengalaman yg di alami tetap hampir sama. Saya tumpang gembira kerna akak telah di kurniakan dan bahagia dgn 2 org puteri yg comel :)*hugs*

    ReplyDelete
  13. ye alira..same2lah kita teruskn kehidupan ini..wlau sedih akan pemergian baby,tp kita masih punya suami yg inginkn isterinya bangkit dan tabah dgn dugaanNYA..kita masih baru lg dgn pristiwa pahit ini, selang sbulan je kan pas alira,sy plk hadapinya..ternyata kita tidak ksorangan..biarlah masa yg mrubah sgalanya..dis is my emel ana_ktdi@yahoo.com, mane tau ade pape nk dkgsi bersama..

    ReplyDelete
  14. Salam ana,tq :) email sye plak tansri_ira@hotmail.com.

    ReplyDelete
  15. sebak eB bacer sbb kami pernah kehilangan twins walopn ms tuh baru 4 bln dlm kandungan...
    citer u saling x tumpah cam jiran dpn umah eB... kalo u jumper dier musti u dpt kongsi samer2 prasaan tuh.. sbb as jiran pn, eB sgt2 sayu... esp seblom ke hospital jiran eB tuh dtg jumper eB yg baru abis pntg...

    eB plk, stiap kami preggy eB sgt2 particular, kalo bb x gerak jerk, eB dh cabut gi spital, troks kan? ;p

    kiter doakn samer2 anak2 kiter tunggu kiter dgn snyuman yer.. aminnnn...

    ps: sng knl u :)

    ReplyDelete
  16. assalam..kak,akak sedara saya pon alami perkara yg sama mcm akak...baby dah meninggal dlm perut masa 28 mggu,dia pon ade darah tinggi...tp dia pon redha jer,sbb Allah masih sayangkan baby tuh..dia bru je abis pantang semalam kak..emm..harap semuanya tabah yer...salam pekenalan juga...

    ReplyDelete
  17. Ya Allah.. Sedihnya... Saya pun terasa kesunyian tu.

    ReplyDelete
  18. Sedih myra membaca pengalaman akak..
    Apa yg berlaku ada hikmahnya.
    Sabar ye..

    ReplyDelete
  19. huhuhu.. sayu jek baca n3 nih.. tak tau ape akan jadik pada saya kalo saya di tempat akak.. moga Allah kuatkan semangat semua mama2 yang hadapi pengalaman cam nih.. amin~

    ReplyDelete
  20. Sama kes cam kakak saya ... Bab meninggal masa kandungan berusia 8 bulan ... Tapi mungkin ada hikmah nyer ... Kuatkan semangat ...

    ReplyDelete
  21. kak,sedihlah baca cite akk nie..

    ReplyDelete
  22. sama kes juga ngan kawan sepejabat saya, anak dia meninggal dlm kandungan, berusia 8 bulan. sabar ye kak. pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini..

    ReplyDelete
  23. Bergenang air mata saya baca entry ni. Sesungguhnya Allah tak menurunkan dugaan kepada yang tidak mampu menanggungnya. Apapun yakin setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahh... semoga sentiasa di berikan nikmat hidup yang di gantikan olehhNYA dalam bentuk yg lain.. aminnnn

    ReplyDelete
  24. salam, takziah di atas pemergian anak kecil akak. fyi, saya pun tlh kehilangan baby saya yg meninggal dlm kandungan pd 14/02/13 @ 26weeks. baby boy...tarikh yg sama dgn akak cuma beza10 thn.. sedih tp redha.. now looking fwd to have another baby.. akak camne skang? slps kematian baby tu, pregnant lg x? blh kongsikan pengalaman? tq

    ReplyDelete
  25. takziah kak, sedih je baca..pngalaman orang-orang terdekat dengan saya juga alami perkara yang sama..

    jemput ke blog saya
    http://vitaminpilihansemua.blogspot.com/

    ReplyDelete
  26. Arrghhh... merah mata saya! Walaupun takda pengalaman (dan semoga tidak akan diduga seperti ini juga) bila mendengar pengalaman ibu-ibu yang lain, sedihnya terasa. Tak tahu nak kata apa lagi dah. Bersyukur sangat pada Tuhan kerana dikurniakan dua orang anak lelaki yang memang tak ternilai kehadirannya dalam hidup saya!

    ReplyDelete
  27. sedihnya...dah la ank sulung kan..apa2 pun dia dah tunggu akk kt sana....

    ReplyDelete
  28. takziah..baru sempat nak bc..lau x bg tau link tu mmg tak tau akk ada mengalami peristiwa sedih tu..sedih el baca..lau el pun smpi bila2 pun el takan lupa..huwaaaaaaaaaa..hari2 pun sure teringat kat dia kan kak huhu

    ReplyDelete
  29. Alahai sedihnya CZ.....sebagai ibu OKje dapat rasa dan bayangkan saat saat awak melahirkan tanpa baby....
    Sebayalah arwah dengan TLBDkan...

    ReplyDelete
  30. alfatihah
    tak terkata saya kak.

    ReplyDelete
  31. Assalam. sy juga pernah melalui pengalaman yg sama..anak meninggal dalam kandungan 27w. 12/10/2015 tarikh tahu baby meninggal. family sy push suruh deliver baby secepat mungkin, takut ada effect..sy akur..malam tarikh yg sama, g hosp, doktor scan baby dalam kedudukan melintang. sangat bersyukur time tu sbb memang x ready lg nk berpisah dengan baby walaupun dah tahu dia xde. 29/10/2015 selamat lahirkan anak sulung sy, baby boy selepas 8x di induce. selamat tinggal anak mama mohd firdaus bahzi. walaupun kita x sempat hidup bersama di dunia. in sya allah, kita akan bersama lagi di 'sana' nanti.

    ReplyDelete
  32. sedihnye sy sdg almi skrg.. bby mninggal 22 weeks.. skrg dh induce 3x blom ad jln.. luluh n sebak rs ni pnglm pgma jd cmni.. mujur ad ank2 lain pngubat hti..

    ReplyDelete
  33. Saya juga kehilangan anak dalam kandungan yang berusia 26 minggu.Terasa macam mimpi,terkejut,sedih semua ada.Perkara yang tak di duga dalam hidup saya.Bagaimana pun saya redho dengan ketentuan Allah kerana yakin anak syurga saya menanti saya di sana

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts