Makanan di sekitar Lee Garden Hatyai

Apa ada di Hatyai? Rasanya ramai yang datang sebab makanan. Kalau akak dari dulu datang ke Hatyai suka makan udang besar yang digoreng tepi jalan. Tapi sekarang bila duit Malaysia semakin menyusut akak rasa tidak berbaloi dah, agak mahal. Tak belipun.. Cuma satujer yang akak masih cari walaupun duit kita ehm sedih nak cakap.. Apa dia akak memang penggila pulut durian. Makan berkali-berkali.. ah nyaman!!

Moh kita tengok gambar apa yang ada di sekitar Lee Garden, tempat yang menjadi pilihan orang ramai kalau datang ke Hatyai. Tempat ini lebih happening kalau malam kerana banyak gerai makanan di situ. Kalau dulu-dulu kawasan ini sangat happening sebab tapak hotel Grand Pink yang kami duduk dulu ada tempat hiburan. Bercerita dengan salah seorang pemandu grab katanya pusat hiburan dipindahkan ke luar dari pusat bandar. Mungkin untuk mengelakkan orang yang suka bom tempat-tempat hiburan.
Tu dia udang beraksi!!
Bukan hanya udang ada pelbagai lagi makanan yang ada...
Ada juga kerang rebus, tidak pernah mencuba..
Banyak gerai menjual udang goreng, pandai-pandailah memilih yer.....
Kedai ini dari dulu sudah ada yer... 
Yang depantu menjual penkek pisang ...


Inilah makanan yang akak paling suka kalau ke Hatyai...
Maalumlah kalau di KL ini susah nak dapat orang jual...
Lagipun inilah makanan yang menjadi kegemaran kami adik beradik kalau musim durian..
Di Hatyai ini boleh pilih pulut mangga atau pulut durian...
Akak mestilah pilih pulut durian...
Beli dua paket sekaligus, masuk peti ais dan menjadi  sarapan pagi esoknya....
Banyak betullah durian di Hatyai ini...
Sentiasa ada rasanya...
Isyh cepatlah buat akak tak sabar dah ni...
Memang sampai ke bilik benda yang akak cari ialah pulut durian... yummmy...
Diet tolak tepi dah... 
Lagi satu yang paling akak suka pasal Hatyai ialah buah-buahan...
Banyak betul pilihan buah-buahan yang ada...
Kalau berjalan selalu susah nak membuang jadi buah-buahan adalah penyelamat....
Marilah kita beli aiskrim dalam bekas kelapa...
Kat Malaysia mahal kan... 
Tapi di sini oklah, tapi gerai yang akak pilihtu tak best...
Masa pertama kali akak cuba dulu sedap sangat macam di Sangkaya...
Tengokpun tahu tak sedapkan....
Semakin malam semakin ramai orang...
Tak larat dah akak nak balik hotel....
Bukan sahaja gerai makanan ada juga gerai baju , mainan dan lain-lain ...
Tapi tidak menarik hati agaknya untuk diambil gambar....
 Suasana pagi di depan Lee Garden...
McD tu rasanya tidak HALAL, jadi tak payahlah singgah...

Ini pula kedai yang menghala ke hotel kami....
Dihujung sana adalah lobi hotel...

Ok, kami nak balik dah... 

Comments

Post a Comment

Popular Posts