Nuffnang saya

03 Januari, 2020

Grand Pink Park Hotel Hatyai

Punyalah lama gambarni kat draf.. akhirnya hari ini terbuka hati nak tulis tentang hotel kami masa di Hatyai. Hotel yang berada betul-betul di hiruk pikuk pekan Hatyai.. Kalau dulu seingat akak tapak grand pink ialah pink lady tempat hu ha hu ha orang kalau mai ke Hatyai. Rupanya sekarangni segala disko atau kelab malam atau tempat kurang senonoh tidak dibenarkan berada di tengah pekan.. info diperolehi masa bersembang dengan pemandu grab...

Akak bukanlah review pasal hotel ini cuma berkongsi sahaja mana tahu ada kawan yang nak ke sana. Hotelnya berdekatan dengan Lee Garden. Waktu malam turun sahaja hotel boleh  beli macam-macam makanan. Untuk yang suka makan memang sesuai sangat sebab kedai makan halal pun banyak di sekitar hotel. 
Kami dapat hotel blok yang baru di belakang.
Memang tak bersambung dengan lobi tapi tidaklah jauh sangat.

Sampai dah Grand Pink.. 
Alhamdulillah sebab nak mandi dulu dan barulah nak pergi bersarapan...
Pilihan sarapan kami di Dimsum Chabura kedai makanan halal di Hatyai...
Pilihan kami untuk berjalan-jalan ialah menempah dengan aplikasi grab bukan tut tut....
Tunggu post akak kalau akak rajin sebab bab makan paling best di Hatyai...
Lobinya yang cantik dan luas..
Nampak moden sangat sebab hotel barukan...
Tempat urut badan pun ada di sini tapi ramai sangat orang.
Kami pergi berurut di hadapan hotel...
Shaza telah menempah bilik menerusi online...
Ini hanya urusan check in... semuapun mudah...
Tengoklah waktu Thai yang lewat satu jam dari Malaysia dan Singapura
Ini lobi kedua sebab hotel kami di blok yang tidak sama dengan lobi utama..
Lobi ini lebih ringkas ..
Bilik yang agak luas dan yang penting semua perabot baru..
Kami tetap menempah satu katil tambahan barulah selesa tidurnya...
Bilik airpun ok sangat..
Jadi akak suka..
Bilik airpun bersih dan ada juga kemudahan alat mandi di situ...
Ambik gambar ni sebab dulu botol air mineral di Hatyai macam botol air bateri kereta.
Nak tunjuk pada suami sebab diapun dah lama tak datang sini..
Kali terakhir kami pergi tahun 2014 dengan dua orang budak comel...
Lorong ke lobi utama Hotel Grand Pink ada ramai kedai menjual baju...
Kalau datang naik kereta ada juga tempat letak kereta disediakan..
Jadi tidaklah menjadi masalah besar kalau kita datang dengan kenderaan sendiri...

Kami menunggu grab di hadapan blok kami sahaja dan pemandu grab tahu..
Jadi tiada masalah kalau dapat di blok mana sekalipun....
Di hadapan hotel ada kedai urut..
Di situlah kami berurut sebab tidak ramai orang...
Seronoknya pekerja dia boleh berbahasa Malaysia kerana dia pernah kerja di KL...

Taman mini di lobi yang kedua ..
Akak suka rasa teringin nak ada kolam macamni di rumah sendiri.

Kenapa kami pilih Grand Pink Park Hotel?

1) Lokasi

Kedudukan Hotel Grand Pink Park yang  berada ditengah tengah pekan Hatyai ini teramatlah strategik. Semuapun ada di sekelilingnya ada pusat membeli belah, kedai 711, tempat berurut, gerai makanan di waktu malam juga kedai makanan halal. Akak dan Wawa turun beli pulut durian pakai baju tidurjer, nasib tak jumpa korang tau. Sebelum balik sempa lagi singgah 711 nak beli barang comel-comel sebab nak perabihkan duit bath yang kecil.

2) Review dari internet dan harga
Biasalah sebelum menempah kita akan tengok apa kata orang. Alhamdulillah apa yang diperkatakan orang tidak lari jauh dari jangkaan kami. Boleh kata puas hatilah...

Harga juga tidak terlalu mahal dan mampu milik untuk kami yang datang bertiga..

3) Makanan halal
Perkara pertama kita ambil kira kalau berjalan ialah makanan halal. Dari hotel ini memang sangat berpuas hati kerana ada banyak kedai makanan halal yang boleh kita berjalan kaki sahaja. 

Oklah... rupanya akak pergi ke Hatyai September 2019 ini dah masuk Januari 2020.. Blog memang semakin terpinggir duk  sibuk kat facebook dan instagram


1 ulasan:

  1. Baru sekali sampai hatnyai oct 2019 yg lepas. Kena pegi lagi ni sbb ms tu tido hatnyai satu malam je. 7e thailand sgt best. Byk brg comey comey.

    BalasPadam

Nuffnang oh Nuffnang