Resipi Spageti Aglio Olio mudah dan sedap

Sudah lama teringin nak buat aglio olio ini.. ingatkan susah rupanya senang yang amat.. namanya sahaja tergeliat lidah nak di sebut.. untuk paham aglio olio adalah resipi orang Itali yang bahan utama bawang putih dan minyak zaitun... Tapi akak orang melayu tak gunapun minyak zaitun... suka hati...

Kalaulah tahu sebegini mudah memang selalulah akak buat ... Bahan-bahan yang digunakan untuk masak aglio oliopun tidak banyak dan tidak remeh... Percaya tak? Percayalah....

Bahan-bahan :-

Spageti (rebus dan tos) ~ akak guna angel hair...
Udang dan sotong
Bawang putih (cincang halus)
Cili kering (dipotong serong)
Chilli flakes
Keju permesan
Minyak zaitun
Garam

Cara-cara :-

1) Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang putih.
2) Masukkan cili kering potong.
3) Masukkan kepala udang untuk rasa manisnya
4) Masukkan udang dan sotong goreng seketika.
5) Masukkan spageti dan gaul rata. Kalau kering tambahkan air
6) Tambahkan chilli flakes jika nak tambah pedas..
7) Bolehlah ditambah garam. Untuk lebih sedap masukkan keju permesan untuk rasa sedap berlemak.

SIAP!!!!!
Nampak sedap tak.... 
Sebegini mudah aglio olio cara orang Melayu...

Sekelip mata dah habis...


Akak buatkan untuk kawan-kawan Atikah yang singgah rumah selepas habis koko dan tidak balik rumah.... kita buatkan pasta sebab budak-budak suka... jadi akak buat aglio olio ini dua kali, kali pertama untuk Atikah dan kawan-kawan lepastu buat untuk adik dan akak pula... siap adik bawak bekal ke sekolah agama lagi..

Comments

  1. menu paling mudah tp sedap kan kak... cumanya klu bt kt umah ni dana je la yg mkn... si aiyan mana minat sgt kosong gini...

    ReplyDelete
  2. sVs suka guna angel hair sebab lambat sikit kenyangnya :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts