Nuffnang saya

Thursday, January 10, 2019

Restoran Ceria Seksyen 3 Shah Alam

Ini cerita akak ... sekarangni setiap pagi akak akan menghantar suami pergi ke tempat kerja. Menjadi rutin kami bersarapan dahulu sebelum suami masuk kerja. Seawal selepas sembahyang subuh kami akan keluar dari rumah jadi memang masa sangat mencukupi... 

Restoran yang paling menambat hati ialah Restoran Ceria terletak di Wisma MAIS... Kami sampai seawal 6.15pagipun restoran ini sudah dibuka.. Yang paling seronok ialah kepelbagaian juadah yang disediakan... moh kita tengok ....
Nasi lemak dengan sambal yang sedap..
Lauk yang ada ialah rendang daging, bergedel, ayam goreng, sambal sotong, telur mata dan paru goreng.
Bihun dia pun akak suka...
Cakoi panas-panas sudah ada di awal pagi... tak seronok ker!!!
Tak caya!!
Sedap... 
Pau Malaysia yang memang ohsem... 
Apam 'bodoh' yang akak suka....
Catatan : kuih muih sudah sebulan tiada kerana yang membuatnya balik kampung.... harap baliklah cepat ke sini...
Deretan lauk pauk yang ada... 
Memang awal pagi dah bukak...
Ramai yang balik dari masjid singgah sini...
Nasi lemak yang di bawa balik di balut dengan daun pisang...

Kalau tersesat di Shah Alam di pagi hari boleh singgah untuk bersarapan di sini... Tempatnya mudah di cari di belakang McDonald Seksyen 3... 

ALAMAT : 12, Jalan RU 3/9a, 
Seksyen 3, 40000 Shah Alam,
 Selangor

1 comment:

Nuffnang oh Nuffnang