Pengalaman di Bayou Lagoon Park Resort Melaka
Walau tanpa dirancang pengalaman di Bayou Lagoon Park Resort Melaka memang menjadi kenangan terindah kami anak beranak. Alkisahnya suami akak ada mesyuarat di Gold Coast Melaka Resort (GCMR) tapi dia malas nak memandu sendirian. Jadinya dengan pantas akak menawarkan diri tapi kami anak beranak kenalah bercuti sekali. Ingin booking di GCMR katanya dahpun penuh... Akak google yang paling dekat ialah Bayou Lagoon Park Resort dan rupanya memang sebelah menyebelah sahaja. Syukur Allah permudahkan segalanya..
Hari pertama akak menggunakan Groupon (sekarang dikenali sebagai FAVE) dan untuk hari kedua akak gunakan hotel.com. Keduanya memang dapat harga yang istimewa. Syukur jimat belanja dan kemudahan dari kedua-duanya sangat mudah.
Dua beradik yang senang hati...
Masa kami hendak masuk ramai yang sedang check out...
Kenapa... sebab hari kami masuk adalah hari ahad...
Lagi satu akak sebenarnya hanya ingin bertanya (masatu pukul 11.30pagi)...
Rupanya kami dapat bilik awal..
Wau!! servis yang sangat berbaloi-baloi...
Yang lebih menarik staff yang melayan kami memang sangat membantu...
Nak bagi tau servis di sini rasanya menarik sebab guna sistem nombor (macam di bank)..
Jadi bolehlah kita duduk berehat sambil menunggu nombor...
JATUH CINTA PANDANG PERTAMA
Inilah rupa hotel yang terdapat di sini..
Ada dua bangunan satu TAHITI Villa dan satu lagi AMARI Villa
Kami tinggal di AMARI Villa...
Ini suasana lobi Tahiti Villa...
Semua urusan check in dan check out dibuat di Amari Villa...
Sumber gambar : BAYOULAGOON.COM.MY
Memang sebijik bilik cengginilah akak dapat...
Memang lupa sangat nak ambil gambar mun anak dah tidak sabar lagi nak terjun kolam...
Sumber gambar : BAYOULAGOON.COM.MY
Memang sebijik bilik cengginilah akak dapat...
Memang lupa sangat nak ambil gambar mun anak dah tidak sabar lagi nak terjun kolam...
Jangan risau tentang tempat letak kereta...
Terdapat juga tempat letak kereta bertingkat...
Oleh kerana kami pergi hari biasa maka boleh memilih mana yang kami suka...
Belakang tempat inilah taman tema...
Ini tempat simpan kain linen kalau tidak silap...
Ini tempat simpan kain linen kalau tidak silap...
Jangan panik kalau tidak membawa berus gigi...
Setiap hotel rasanya memang ada kedai serbaguna seperti ini....
Oleh kerana kedai jauh dari hotel, kedai serbaguna ini menjadi kegemaran dua beradik...
Di sini bukan sahaja ada Taman Tema Air, terdapat pelbagai hiburan lagi...
Antaranya ialah Panggung 9D...
Ini anak akak sahaja yang masuk, boleh tengok di skrin tv sana nun...
Yang ini kami tak pergipun sebab dah pergi yang I-City dengan Port Dickson..
Cukuplah sudah dengan anak-anak bukannya gemar sangat bergambar, buang duit..
3D Trick Art ini terletak di kawasan Bayou Lagoon Park sahaja...
Yang sebelah sana bangunan kuningtu adalah Gold Coast Resort Melaka..
Dekat sangatkan, jiran sebelah menyebelahjer...
Sebenarnya bilik kami menghadap ke taman temanya tapi lupa pulak ambil gambar...
Keseluruhan dari pengalaman kami di sini akak rasa gembira dan berharap kemudahan yang ada dipertingkatkan lagi.. Lupa ambil nama staff yang sangat baik hati untuk ucapan tahniah kerana anda dedikasi anda sangat dihargai.. Cumanya hotel ini agak jauh dari bandar Melaka, jadi kenalah naik kereta ataupun ambil grab atau teksi. Nanti kita cerita pasal taman tema airnya pula...
Untuk maklumat lanjut :-
Address: Jalan Wakaf, 75450 Melaka, Malaysia
Selamat hari kemerdekaan Malaysia ke 60
ReplyDeleteAssalamualaikum dan selamat pagi sis
Lama dah tak balik kampung. Melaka kampungku
Wahhh...kalau kat Melaka ni memang banyak betul yer hotel. Pandai akak cari hotel yang best!
ReplyDeleteWoww...mesti seronok anak2 kan..lagi2 lah kalau mandi kolam...hihihi
ReplyDeleteWater park tu charge lain ke?
ReplyDeletekita yang duk hoteltu dapat pas masuk....
Delete