Melaka Memang Menarik

Lama sungguhlah akak tidak mengemaskinikan blog ini... oleh kerana ada banyak gambar bercuti di Melaka jadi kita kongsi di sini.. Melaka memang best, suami ada mesyuarat di sini jadi kami mengekor dia... Dia menginap di Gold Coast Resort kami pula di Bayou Lagoon Resort... cerita hotel nanti dulu sebab lebih teruja dengan kisah di bandar Melaka ini.. 

Melaka memang menarik, tertarik dan tempat yang harus dilawati. Sudah berbelas tahun akak tidak jejakkan kaki ke sini dan sudah pastilah Melaka makin menarik hati.... Walaupun kisah ke Melaka sudah berminggu-minggu berlalu namun kenangan indah tetap terpahat dihati. Melaka memang dalam senarai tempat menarik untuk dilawati tahun 2017. Syukur setelah bertahun masuk dalam senarai akhirnya 2017 tercapai juga.. Atikah sudahpun pergi dengan rombongan sekolah agama ke sini akhir tahun sudah kalau tidak silap.. Cuma Azalia yang belum pernah sampai ke Bandaraya Bersejarah ini...

Akhirnya impian ibu tertunai juga nak bawa kamu ke sini...
Melaka Bandaraya Bersejarah...
Bukan sahaja sejarah negara yang banyak berlaku di sini...
Namun sejarah antara ibu dan ayah kamu juga berlaku di sini...
Ini antara tanda baharu yang terdapat di Melaka...
Jangan tanya akakpun tidak berapa ingat apalah nama kubu di belakangtu...


Memang gambar di atastu adalah tempat yang menarik untuk bergambar... ku lihat merahjer... memang best... dik Ya ajak ibunya naik basikal barulah boleh tengok banyak tempat.. Tapi masa sudah suntuk jadi kita jalan kakijer... suruh dua beradik naik beca diaorang pulak tak mahu...
Dahaga... tiada masalah banyak gerai menjual air kelapa juga air buah...
Memang menarikkan air kelapa seperti ini... 

#i@sungaimelaka ~ Melaka River Cruise

Tarikan terkini yang terdapat di Melaka dengan menyusuri sungai menaiki bot. Rasanya malam lebih menarik tapi kami cuma ada masa untuk menikmatinya di waktu siang. 
Di sinilah jeti untuk kami naik ke river cruise
Menarik juga yer kalau dapat duduk di hotel tepi sungai yer..
Kelihatan orang bersantai di tepi sungai melihat bot lalu...
Antara jambatan yang kita lalui...
Masa akak naik memang ramai pelancong...

Kampung Morten iaitu perkampungan melayu tradisional yang ada ditepi sungai ...
Akak ingat botni singgah ke sini rupanya lalu sahaja..

MUZIUM SAMUDERA~ Flora de la Mar Maritime Museum
Panas ber'denting' ... 
Ibu dah angkat tangan tak larat nak naik satu lagi tangga ...


Waktu Operasi : 
Isnin - khamis :- 9.00 pagi hingga 5.30 petang
Jumaat - ahad :- 9.00 pagi hingga 7.00 malam

Harga tiket :
Warganegara Malaysia
Dewasa RM5.00 dan kanak-kanak RM3.00

MENARA TAMING SARI
Menara Taming Sari yang menjadi mercu tanda baru di Melaka...
Don't mess with Melaka ... you know... 
Tiada gambar kami di sini.. lupa sungguh..

From a height of 80 metres, the ride offers you a spectacular and panoramic view of Melaka UNESCO World Heritage City and a far with a host of interesting sights such as St.Paul’s Hill, Independence Memorial Building,Samudra Museum and the ship, Flor De La Mar, Dataran Pahlawan, Pulau Selat Mosque, Pulau Besar and the Straits of Melaka. That apart you will also see the fast and rapid development taking place in the state.MENARATAMINGSARI.COM

Waktu Operasi :-
Setiap hari 10.00 pagi hingga 11 malam

Harga tiket :-
Warganegara Malaysia 
Dewasa RM17.00 dan kanak-kanak RM11.00

Senarai Tempat Menarik di Negeri Melaka

BANGUNAN BERSEJARAH

The Stadthuys
Kota A Famosa
Gereja St John
St Paul's Hill
Gereja St Francis Xavier
Masjid Kampung Kling
Masjid Kampung Hulu
Cheng Hoon Teng Temple

MUZIUM

Muzium Samudera
Muzium Kastam Melaka
Muzium Senibina Malaysia
Muzium Kesultanan Melayu Melaka
Muzium Cheng Ho
Muzium Baba dan Nyonya
Muzium Hang Tuah
Muzium Kapal Selam
Taman Mini Malaysia dan Asean

Zoo Melaka
Taman Burung Melaka
Taman Buaya
Taman Rama-rama

Melaka Wonderland Theme Park and Resort
Bayou Lagoon Park Resort
Gold Coast Melaka
A Famosa Resort
Australia Village @ Masbro Village
Freeport A Famosa Outlet Village
The Pirate Adventure ~ Melaka Alive
Rumah Terbalik
The Shore Sky Tower
Planetarium Melaka
Melaka Skytrex

Melaka River Cruise
Menara Taming Sari
Masjid Selat

Pantai Klebang
Kampung Morten
Jonker Walk
Hard Rock Cafe
Dataran Sungai Melaka
Street Art Melaka
Mamee Jonker House

Yang hijautu akak dah sampai dengan anak-anak... jadi banyak lagi tempat yang belum di 'explore'.. Mesti datang lagi ke Melaka tapi kali ini kena tinggal di bandar Melaka... Boleh juga menunaikan impian dik Ya berbasikal di sini dan rasanya suasana malam di sini lebih menarik juga...

Senarai tempat menarik di Melaka di atas akak dapat dari link di bawah. Memang sangat membantu kepada yang ingin menjelajah Melaka:- 

Comments

  1. Assalamualaikum Wrmbth

    Apa khabar & salam isnin yang ceria

    Melaka memang best

    banyak tempat nak di lawat

    Maznee orang melaka

    Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu belum makanannya lagikan... banyak yg viral kan.. @mazni azmi

      Delete
  2. As salam sis,
    Lama dah akak tak munculkannn...
    rindu...
    I pun sukaaaaa ke melaka..
    one of my fav. places...
    tiap kali pegi tapiiiii satu tempat je sampai skarang akak lum jejak...
    Kapal tu (Muzium Samudera)...
    harusss kot satu hari jejak gak..baru complete kannn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts