Nuffnang saya

Followers

Friday, April 14, 2017

Food Truck Perindustrian Kinrara

Dek kemalasan untuk menulis blog akhirnya kisah yang patut ditulis awal dahulu kini telah menjadi tidak berguna lagi. Suatu ketika dahulu tidaklah lama sangat terdapat deretan Food Truck yang menjadi trend masa kini di Kawasan Perindustrian Kinrara. Lama juga bertahannya tapi kebelakangan ini macam tidak terjumpa pulak. Memang sudah tiada lagi atau akak pergi pada hari yang salah.

Pada akaklah kalau mampu berniaga dalam tempoh masa yang lama di Kinrara ini kira beruntunglah. Sebabnya selama akak tinggal di sini entah berapa banyak kedai atau gerai yang buka dan tutup. Ada yang bertahan bertahun, berbulan malah ada yang seminggu duapun sudah tidak mampu lagi. Namun kini mungkin faktor bilangan penduduk semakin bertambah maka banyaklah kedai makanan yang dibuka..
Seronok juga makan di sini... 
Agak ramai juga bilangan pengunjung ke sini..
Seronok melihat anak muda yang berniaga...
Makan sambil keretapi LRT lalu lalang....


Mungkin segerombolan food truck ini berada di lokasi yang lebih strategik. Namun di Bandar Kinrara masih lagi terdapat food truck yang berniaga di hadapan Masjid Al Ehsan. Cuma akak kurang pergi ke sana.. Kalau pergi ke arah sana akak lebih suka singgah ke LiyLin Studio untuk mencari makanan.. Anak-anak suka yogurt di LiyLin Studio... moh cuba... 

3 comments:

  1. kami kat mana-mana pun tak sempat nak join lagi food truck nie

    ReplyDelete
  2. skrg dh makin banyak org menjual makanan ngn konsep food truck...

    konsep ni, memudahkan, nk kemas nk kemana2 tempat mudah...

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang