Masa untuk Jogging

Sebulan yang lepas akak telah terjumpa satu tempat yang menarik dan sesuai untuk akak berjogging pada waktu petang selepas balik dari kerja. Kenapa sesuai? Sebabnya tempat jogging ini berbukit dan memang kalau akak dapat berjogging sekadar 4 pusinganpun sudah terasa lega sangat. Maalumler akakni bukannya boleh berjogging dalam masa yang lama disebabkan tidak sampai hati hendak mengambil Azalia lewat dari rumah pengasuhnya oleh itu kawasan jogging ini menepati piawaian.

Oleh demikian dengan masa singkat diperuntukkan maka kawasan jogging ini menepati selera akak dan yang penting selepas hampir sebulan berjogging di sini akak dapat merasakan perubahan yang paling ketara dalam kehidupan ini. Kalau sebelum ini akakni cepat naik angin dengan perangai Atikah terutamanya namun kini akak dapat mengawalnya. Terasa kini akak juga lebih selesa walaupun akak tidak dapat menurunkan berat badan seperti yang dihajati. Semoga usaha akak ini berterusan dan jangan putus asa walau sedikit kerana aktiviti ini juga baik untuk kesihatan.

Gambar-gambar di bawah ini akak ambil masa mula meninjau kawasan ini dengan budak dua orang yang keseronokan melihat taman permainan di sinipun lebih besar dan lebih meriah. Tempat jogging ini terletak di BK5, Bandar Kinrara dan tempat jogging inipun dah sedia tinggi dari jalan dan lihatlah sendiri dari gambar ini.






Comments

  1. wah bagusnya berjoging kak...tmpt pun menarik...teruskan usaha baik ni kak...

    ReplyDelete
  2. Anonymous31 May, 2010

    wah jogging jugak 2A tu yer...
    kak cho mlm ni sempat laie vote efa tuk contest link ni yerk....harap dpt vote!!!
    http://dalia2cute.blogspot.com/2010/05/contest-peserta-3.html
    tqvm...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts