Azalia berpisah susu badan....

Salam semua..



Kali ini akak ingin bercerita kisah anak yang kedua Nurul Azalia yang kini telah berumur 2 tahun 7 bulan telah berpisah secara rasmi dari menyusu badan. Alkisahnya akak memang merasakan tidak sepatutnya anak ini menyusu badan selepas berumur 2 tahun tetapi selalunya akak patah hati melihat muka dia yang comeltu memang tak sampai hati. Sebenarnya Azalia hanya akan menyusu kalau ibu dia ada bersama tapi sejak dia dah besarni selalupun dia merindui bau badan ibunya hanya waktu dia tidur. Jadi rasanya dari segi zat @ khasiat yang diperlukan oleh seorang kanak-kanaktu dia tidak mempunyai kekuranganpun..

Akak selalu mendapat respon dari kawan-kawan perihal cara-cara nak memisahkan anak dari menyusu badan dan antara respon yang paling akak teruja melakukan ialah cara liyya. Oleh kerana dia sedang mengandung dan anak sulungnya masih menyusu badan dia mendapat idea dengan menampalkan plaster di puting susunya dan bagitau kat Epan (anak sulung dia) "tek ibu sakit". Ideani datang semasa dia menampalkan koyok di belakang badan dia dan Epan datang pada dia dan cakap "ibu sakit kan" dan siap tiup lagi kononnya nak bagi cepat hilang rasa sakittu. Akakpun meniru cara Liyya dan hasilnya menakjubkan kini sudah dua minggu Azalia tidak menyusu badan walaupun kadang-kadang dia buat muka kesian tapi akak tabahkan hati demi kebaikan dia juga.

Walaupun pada mulanya akak rasa bersalah kerana menipu dia kerana ada juga pendapat kawan-kawan yang mengatakan kita kena melakukan secara semulajadi namun rasanya akak dapat merasakan kasih sayang Azalia yang ingatkan ibu dia sakit dan dia tak mahu terus menyakiti ibunya itu. Akak rasa hati budak sekecil itupun tahu untuk memberikan kesenangan di hati ibunya ini namun selepas 2 hari akak tak tampalpun plastertu cuma akak selalu alunkan Azalia budak bijakkan, Azalia dah besar sebabtu dia tak nak menetek lagikan. Syukur dia memang betul-betul melupakan hobinya yang dulu itu tapi sebelum tidur memang kena sediakan air kosong (dia yang mintak) dan 3 malam awal tu kena bangun untuk membancuh susu untuk dia. Tapi sekarangni semuanya berjalan lancar dan tidur ibunya ini semakin lena. Terimakasih Liyya...

Mungkin ini adalah salah satu caranya dan yang penting memang kita kena selalu bercakap dengan dia yang dia budak pandai, bijak dan dia kena berhenti menyusu ibu lagi. Nasibler Azalia tidak menjadi seperti anak jiran akak yang kini berusia 7 tahun namum masih lagi memerlukan mahkota ibunya untuk tidur. Oh tidak!!!

Comments

  1. cho, mmg tk sampai hatikan.. ermmm.. tkpe azalia dh besha dh tu.. syabil tecit lagik.. hehehe... rindu la kat cho.. nnt nk g kinrara la jalan2 ke umah cho.. buleh ke mike??? hehehe

    ReplyDelete
  2. wa..cho pun ikut care liya gak ye..kite pun same la.hahha..skunk pun ngah wat gak pasai mmg rase sakit tui kat nenen tu..ari pun wat skali gagal..ni try lik..npk berkenan..cayala liya..hihi..

    ReplyDelete
  3. heheh...kak cho! ckyn bg link blog akak ni soh saya baca & saya sgt terharu nama saya diabadikan kat sini....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts