Layan kenduri kahwin

Salam semuanya...

Sebenarnya dah lama tak layan kenduri kahwin ini disebabkan masalah anak kecil yang ragamnya ya ampun akan memalukan majlis orang kecuali kenduri kahwin keluarga teramat dekat. Sebelum ini kalau pergipun selalunya Atikah dan Azalia akan ditinggalkan dan memangler tak seronok sangat-sangat sebab tak leh nak merakamkan aksi mereka berdua.. Jadi moh kita layan ajer gelagat mereka apa adanya...


Ini kenduri pada 30/01 yang lepas di Dewan Hamzah, Klang iaitu pengantin adalah cucu saudara kepada arwah bapa mertua saya. Paling best masa kenduri ini ialah makanannya yang pelbagai dan menepati selera saya yang tengah berhempas pulas untuk melupakan nasi sebagai hidangan utama... Berjaya atau tidak tunggu!!!


Ini kenduri di Dewan Serbaguna Pejabat Tanah Daerah Klang iaitu majlis perkahwinan anak kepada kawan suami saya yang berlangsung pada 6/2 yang lepas. Saya suka pelamin dia yang nampak ringkas tapi cantik dan semesti pengantinnya yang cantik sama sepadan..


Ini pulak aksi Azalia yang begitu menghayati doa yang dibacakan oleh pak imam..


Iniler aksi Atikah yang paling saya suka sebab keceriaannya yang jelas ketara selepas dapat merembat bunga telur (yang takder telur dah sekarangni)...

Comments

  1. cuti skolah pun dah tak lama lagi
    lepas ni mesti banyak kenduri kahwin nih'
    siap sedia ngan kolleksi gift erk ( he he he)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts