Atikah tak sihat.....

Hati ibu mana yang tak risau kalau anak dia tak sihatkan, itulah gamaknya perasaan emak saya dulu-dulu yang kurang saya hargai.Bila dah masuk hari keempat Atikah masih tidak nampak tanda untuk sembuh sepenuhnya hati saya dah mula jadi semacam. Ubat yang doktor bagi hari sabtu lepas dah habis cuma tinggal ubat untuk kahak sahaja yang tinggal.

Tapi harini memang saya tak boleh ambil cuti sebab bos kecil saya dah "sound" siap-siap yang hari ini dia tiada di pejabat dan jugak bulan Januarini dia dah cakap jangan ambil cuti. Itulah fenomena biasa yang berlaku untuk orang yang bekerja macam sayani tapi kalau Atikah benar-benar memerlukan saya tak kisahlah kena buang kerjapun saya sanggup. Anak adalah lebih berharga dari kerja saya yang tak seberapa dan memang impian besar saya untuk berhenti kerja untuk mempunyai lebih masa untuk keluarga tercinta.

Petang itu terpaksa pergi ke klinik semula dan mengharapkan hari ini Atikah akan benar-benar sembuh. Namun semangat dia untuk ke sekolah memang mengkagumkan walaupun saya tidak membenarkan dia ke sekolah hari ini. Semasa dia terbangun pada pukul 4.00 pagi tadi bila saya cakap tak payah pergi sekolah hari ini dia kata ya tapi bila dia terbangun pukul 7.00 tadi terus dia kata "Ika nak sekolah". Memang saya sepatutnya bertegas tidak membenarkan dia bersekolah tapi entahlah kesian pulak. Nasibler cikgu dia tak suruh dia balikkan.


Doktor kata mungkin ada lelah sedikit jadi terpaksalah gitu...

Tapi cergasjer kalau berjalan kat Giant Kinrara... siap main gelungsur lagi.. kliniktu bersebelahan ngan tempat permainan dia...

Kini dah seminggu berlalu, walaupun demam Atikah memang sudah kebah tapi batuk dia masih ada lagi dan memang tidak menyenangkan hati kalau mendengar dia terbatuk. Saya berdoa semoga Atikah akan segera sihat dan dilindungi oleh Allah selalu.. Harap-harap Allah melindungi anak-anak saya dari sebarang bahaya. AMIN....

Comments

Popular Posts