Santai-santai Tempahan di Jetstar

Korang mesti suka bercutikan! akakpun suka tapi lama sangat akak tidak bercuti sekeluarga. Kalau boleh hendak mencari yang murah dan kenalah buat tempahan awal. Di mana  nak dapat untuk pergi tempat yang murah dengan tempahan yang mudah!!!! Akak baru tahu yang kita boleh bercuti tanpa pening kepala hanya dengan traveloka. Apa dia traveloka? Traveloka adalah web dan apps yang sangat membantu dalam hal tempahan dan bolehlah buat di  jetstar flight booking semudah ABC. Ingin tahu cara guna tak? Sabar dahulu mari tengok pilihan destinasi akak untuk bercuti kali ini.

Penang adalah destinasi impian bersama keluarga dan kalau boleh akak nak naik kapal terbang. Di Traveloka boleh cari di cheapest flights to Penang dengan pelbagai pilihan dan yang pasti murah-murah. Kalau akak ke Penang akak akan singgah ke Pasar Lorong Kulit yang merupakan satu-satunya pasar karat yang terbesar di Penang yang beroperasi setiap hari dan menjadi tarikan untuk kita melawat bila-bila masa lapang. Inilah syurga bagi pengumpul barangan antik, dan kita boleh menemui bermacm khazanah lampau dari duit-duit lama, setem, tongkat, radio dan banyak lagi. Jangan lupa untuk nego (tawar menawar) untuk mendapatkan harga dihajati. Di sini bukan sahaja ada barangan antik, korang juga boleh mendapatkan pelbagai barangan yang biasa ditemui di pasar biasa seperti makanan, buah-buahan, aksesori telefon bimbit, pakaian bundle dan banyak lagi. Namun kata orang sentiasa berwaspada dengan penyeluk saku kerana kawasan ini sentiasa padat dengan orang ramai. Shopping adalah terapi untuk wanita dan rasanya untuk puas meronda keseluruhannya memerlukan masa sekitar 1 jam lebih.

Yang paling dinantikan nanti ialah melawat Magic World Penang(Phantamania) untuk merasai sendiri dunia penuh magikal di depan mata sendiri! Dunia magik ini akan dapat terus ditempuhi kala kaki melangkah masuk ke bangunanan Magic World Penang kerana perlu melalui lorong berliku (maze) kaca. Selepas berjaya keluar dari maze terpaksa pula memui banyak ilusi optikal. Dapat membayangkan akak menyaksikan pertunjukan magik yang sebelum ini hanya dikaca tv, pastilah kami sekeluarga teruja. Sebelum pulang pasti singgah dahulu kedai aksesori untuk membawa pulang barangan magik! Tahu ataupun tidak terdapat 370 jenis buah-buahan yang boleh dimakan di Malaysia? Mai datang ke Tropical Fruit Farm Penang untuk menikmati buah-buahan yang beraneka jenis. Destinasi Agro Tourism ini terletak di Teluk Bahang dengan keluasan 25 ekar dan dibuka untuk memelihara baka buah-buahan eksotik yang terdapat dinegara ini.
Kita tengok kapal terbang dulu..

Habis dah cerita Penang , dan sekarang untuk booking atau riki harga boleh buka link ini https://www.traveloka.com/en-my/jetstar. Untuk mendapatkan harga yang lebih murah akak memilih masa untuk travel dengan mengelakkan masa cuti sekolah atau cuti hari raya . Namun kalau hanya masa itu yang korang ada, tiada masalah kerana boleh buat perbandingan antara airline lain. Jetstar ini adalah syarikat penerbangan murah yang berasal dari Australia. Jetstar pernah memenangi award pada tahun 2011, 2012 dan 2013 sebagai syarikat penerbangan murah terbaik. Jadi harganya memang murah. Terdapat 2 jenis seat untuk dipilih iaitu kelas ekonomi dan kelas perniagaan. Tujuan Jetstar sebenarnya untuk memberikan peluang untuk terbang dengan bajet rendah sebab itulah harganya agak murah. Jika ingin menambah makanan boleh tambah atau dibeli semasa di atas kapalterbang, kalau tak mahupun tak apa. Untuk kelas perniagaan pula tentulah lebih selesa kerana harga yang lebih sedikit namun tidak semua penerbangan ada kelas perniagaan. Kena cari terlebih dahulu. Beza antara kelas ekonomi dan perniagaan adalah berat baggage yang boleh dibawa dan keselesaan tempat duduk. Ikut suka hatilah...
p/s : mood tak sabar..

Comments

  1. Wow Jetstar tu...x pernah naik flight selain AA, Malindo dan MAS, nak cuba flight lain rasa ragu2 je...tp rasa mcm this yearnak tempah tiket lah...hahahhaha

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing, sukses terus..
    Kunjungi juga http://bit.ly/2Z4cIBn

    ReplyDelete
  3. Wow best juga jet star ni

    ReplyDelete
  4. wahhh best ni...yg saya tau jetstar ni cuma buat laluan antarabangsa je

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts