Nuffnang saya

09 May, 2019

Idea Menu Berbuka Puasa Ringkas

Yang paling merunsingkan hati ibu ibu di bulan puasa ialah menyediakan menu untuk santapan keluarga. Jadi untuk memudahkan ibu semua di sini ada menu 17 hari berbuka puasa termasuk kuih. Kenapa 17? Untuk hari yang lain kita pergilah pasar ramadan, makan diluar atau berbuka di masjid. Gitu, mudah kerja. 


01. Nasi putih + Rendang minang + Udang paprik + Bendi rebus + Sambal belacan. Pemanis :- Puding roti kukus

02. Nasi Putih + Masak lemak ketam + Brokoli sos tiram + ayam goreng + sambal belacan. Kuih :- Dorayaki. 



03. Nasi Putih + Sup Ayam + Sambal Ikan Bilis Kering + Tauhu Goreng cicah sambal kicap pedas. Kuih :-  Lempeng manis
Klik sini untuk resipi :-



04. Nasi putih + Ayam masak lemak cili padi + Sambal ikan masin + Ikan kembung goreng tepung + Cendawan enoki sos tiram. Pemanis : Kanji Sum Sum


Klik sini untuk resipi :- 
ayam masak lemak cili padi

05. Nasi minyak + Ayam merah + daging hitam +Acar timun  nenas. Kuih  : Karipap kulit roti

Klik sini :-

06. Nasi putih + Lemak Pucuk ubi + sambal totok + ayam halia + sambal tempoyak. Kuih :- puding roti laici.

07. Nasi putih + Tomyam campur + Udang goreng kunyit + Telur Bungkus +  Sambal belacan. Kuih :- 

Klik sini untuk resipi :-

08. Nasi putih + Daging masak lada hitam + Ayam sos lemon madu + Udang goreng tepung. Kuih :-  Puding koktail

Daging lada hitam
Puding Koktail

09. Nasi putih + Sup telur + ayam paprik + salmon grill lada hitam + sambal tomato. Kuih :- roti sardin.

Klik untuk resipi :-

10. Nasi putih + Labu masak lemak + Sambal tumis daging + ikan goreng + sambal belacan . Kuih :- sagu gula melaka.

Klik sini untuk resipi :-
 Labu masak lemak
Sambal Tumis daging

11. Nasi putih + ayam masak halia + sup suun fucuk + sambal ikan bilis + sambal tempoyak petai. Kuih :- pengat pisang.


12. Nasi putih + Ikan masak taucu + taugeh goreng + salmon bakar lada hitam +sambal belacan. Kuih :- pengat labu.

Klik Sini :-


13. Nasi putih + daging masak kicap + telur rebus sambal + bendi rebus + sambal belacan. Kuih :- dadih


14. Nasi putih + ikan 3 rasa + sambal udang + sayur campur + ayam goreng kunyit. Kuih :- Murtabak keju

Klik sini untuk tengok video resipi murtabak keju :-

15. Nasi putih + Asam rebus ikan dan bendi + ayam goreng + kangkung taucu + sambal belacan. Kuih :- sagu merah.


Klik sini untuk resipi :-

16. Mi bandung + ayam goreng. Kuih :- Cekodok udang

17. Nasi putih + Masak lemak udang dan nenas + Sambal tempe dan kentang + ayam goreng. Kuih :- apam balik.


Klik sini untuk resipi :-

7 comments:

  1. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. wahhhh... dana suke bt menu simple2 gini kak hehehhe...

    ReplyDelete
  3. Menarik ni.... kadang kadang mmg kering idea nak masak CZ. Balik balik menu sama hahaha... dah itu je yg terlintas di kepala kan...
    Semlam baru masak ikan masak lemak dengan udang sambal

    ReplyDelete
  4. saya goreng telur + kicap nasi panas je hehehe

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas ideanya. Biasalahbkita ni leoas aje sahur dah fikir nak masak apa untuk berbuka

    ReplyDelete
  6. betul sekali.. mcm mak sy hari2 piker nak masak apa..

    ReplyDelete
  7. Mmmm.... sedapnya semua... adeh!

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang