GREEN MOSQUE, SILK MARKET DAN GRAND MOSQUE BURSA
Perjalanan dari KLIA - DOHA (transit 2jam lebih) -ISTANBUL memakan masa lebih kurang 16 jam. Tapi berbaloi-baloi untuk travel bersama yang tersayang. Walaupun tidak kenal dengan ahli rombongan yang lain tapi perjalanan selama 10 hari ternyata membuatkan kenangan di Turki adalah sesuatu yang sangat indah. Kita mulakan perjalanan ke Bursa yer untuk hari yang pertama. Kenapa melawat Bursa? Destinasi perlancongan Bursa istimewa kerana disinilah bermulanya sejarah Empayar Uthmaniyah. Disini adalah tempat khazanah warisan dan seni bina Empayar Uthmaniyah. Tapi sayang kami tidak berlama-lamaan di Kota Bursa. Terdapat satu lagi keistimewaan Bursa iaitu terletaknya gunung salji Uludağ. Ini aktiviti hari kedua kami... syiok weh!! HARI PERTAMA : Setibanya kami di lapangan terbang dan di sambut oleh pemandu pelancong dari Turki Mr Ahmet kami meneruskan perjalanan menaiki bas ke Turki. Makanan dibekalkan kepada kami untuk menjimatkan masa sebabnya Istanbul -Bursa akan memakan masa 2-3 jam. Kami