Nuffnang saya

24 September, 2021

Little White Cafe Bangi

Temujanji dengan sebahagian kawan -kawan di Little White Cafe. Meraikan sahabat kami yang akan mengikut suami ke Itali selama 3 - 4 tahun. Kafe ini pilihan dia sendiri dan sangat sesuai untuk kami yang ingin berbual panjang.

Mula sampai ke kedai ini dari jauh hati berdetik betapa cantiknya hiasan kedai ini  dari luar. Masuk ke dalam juga begitu,  memang menawan kalbu walau akunbukan pencinta english style. 

Bergambar sebelum balik.  Yang nak ke obersee berbaju hijau bertudung hitam.  Kenapa hanya berempat?  SOP kedai hanya 20 orang dalam kedai.  Ate kot kami semua pergi. sembang lama jenuh orang lain tak boleh masuk. 
Bergambar sebelum tetamu jemputan sampai
SOP..  SOP.. SOP..  SOP..  SOP.. 
Sudut makan yang simple
Suka..  suka.. suka..  makcikkan senang terhibur
Makanan dah sampai.  BISMILLAH.. 
Pilihannya cuma sup cendawan sebab dia baru keuar hospital masalah perut
Pilihan orang yang belum lunch.  Kami berjumpa seawal kedai dibuka pukul 3.00 petang. 
Pilihan aku..  spagetti arabiata. 
Pilihan aku juga puding roti. Konon nak makan ramai-ramai sekai semua orangpun diet. 
Jom kita balik.  .
Kadang lupa kami dah berumur 50an rupanya. Semoga kasih sayang kita sebagai sahabat akan kekal selamanya walau terpisah dek lautan dan gunung- ganang. 

Review kedai : Datanglah sendiri sebab tekak kita tak sama.  Tapi bolehlah sangat bawak famili datang bukan auww sangat tapi bukan wek sangat. 

2 comments:

  1. seronok dah boleh dine in, jumpa kawan-kawan. eh akak-akak semua masih anggun walau dah 50-an. yang penting sihat dan ceria

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang