Nuffnang saya

23 September, 2021

BIBIMBAP VERSI SIHAT

Bibimbap.. babap kang baru tau!! ha.. ha.. ha.. idok..idok. ini entri tentang bibimbap iaitu menu terkenal orang Korea. Selalu tengok dalam drama Korea jer tapi tidak pernah terfikir nak buat sendiri.  

Cuma yang ini nampak ada meal plan dari grup online coaching  bibimbap versi SIHAT.  Semangatlah kita nak mencuba terus reti cakap Korea. 

❤Annyeonghaseyo (안녕하세요) – “Hello”❤

Jom tengok resipi penuh bibimbap versi sihat di cookpad Cho Zila (klik sini :COOKPAD ) . Menu yang sangat mudah dan yang penting kebanyakan bahan-bahan ada didapur kita. 

Bibimbap ini adalah nasi campur/nasi gaul yang ada daging dan seaneka sayur yang digaul bersama sos istemewa dia. Tapi cara dia susun masa menghidangtu sangat mengagumkan buat kita rasa susahnya.  Padahal menu bibimbap ini macam nasi kerabu tetapi dalam versi Korea. Ha gitu !!

Untuk versi sihat kita tukar nasi kepada barli rebus.  Tapi kalau nak guna nasipun tidak menjadi masalah  cuma mesti ikut portion suku suku separuh. 

Untuk daging pula coach suruh tukar kepada tauhu untuk sumber protein.  Sos cili juga ditukar kepada sos yang lebih sihat jadi korang mesti tengok cookpad untuk resipi lemgkap (klik sini : COOKPAD).
Untuk anak-anak pula tetap disediakan nasi nasi dan daging (resipi google jer) . Yang penting anak-anak cakap sedap, tapi sayur lobak merah sahaja dia makan. 

Inilah kelebihan kumpulan online coaching kami,  secara automatik semua peserta jadi pandai memasak dari resipi Malaysia hingga seantero dunia. Ha!  Indahnya hidup kalau  berjemaah, gitu!

@chorzila
Puchong
0192104240



3 comments:

  1. tengok bibimbap ni teringat lak japche teringin betul lah...

    ReplyDelete
  2. tak pernah buat bibimbap sendiri. ok, nanti saya tengok cookpad akak ye

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang