Nuffnang saya

26 September, 2021

Hujung minggu di Pantai Morib

Ini cerita hujung minggu yang penat tapi bolehlah dapat bergambar untuk hilangkan rasa bosan duduk lama di rumah. Sebenarnya suami yang ada urusan di Morib jadi sementara menunggu kita singgah sini dulu. Alhamdulillah tidak ramai orang jadi tidaklah susah hati nak duduk sekejap. Rasanya sekarang Morib terkenal dikalangan cyclist, asyik terjumpa dari dalam perjalanan sampai ke pantai. 

Kita posing dengan selipar oren, lupa bawak kasut. Konpiden itu perlu hokay! 
Walaupun pantainya tak dapat jejak , namun hati tetap happy. 
Sekali-sekala datang sini oklah. Tahun 2014 dulu setiap sabtu dan ahad berulang ke sini hampir dua bulan rasa tak larat lagi nak posing. 
Baju hari Ahad kita pilih warna merah gelap sikit, janji nampak ceria.
Kita jadi budak kecik sekejap main belon buih..  best juga rupanya. 
Azalia melayan mak dia.... 

Inilah ceritanya. Insyaallah sabtu depan kita jumpa lagi Pantai Morib.  Semoga Allah mudahkan urusan suamiku. 




 


24 September, 2021

Little White Cafe Bangi

Temujanji dengan sebahagian kawan -kawan di Little White Cafe. Meraikan sahabat kami yang akan mengikut suami ke Itali selama 3 - 4 tahun. Kafe ini pilihan dia sendiri dan sangat sesuai untuk kami yang ingin berbual panjang.

Mula sampai ke kedai ini dari jauh hati berdetik betapa cantiknya hiasan kedai ini  dari luar. Masuk ke dalam juga begitu,  memang menawan kalbu walau akunbukan pencinta english style. 

Bergambar sebelum balik.  Yang nak ke obersee berbaju hijau bertudung hitam.  Kenapa hanya berempat?  SOP kedai hanya 20 orang dalam kedai.  Ate kot kami semua pergi. sembang lama jenuh orang lain tak boleh masuk. 
Bergambar sebelum tetamu jemputan sampai
SOP..  SOP.. SOP..  SOP..  SOP.. 
Sudut makan yang simple
Suka..  suka.. suka..  makcikkan senang terhibur
Makanan dah sampai.  BISMILLAH.. 
Pilihannya cuma sup cendawan sebab dia baru keuar hospital masalah perut
Pilihan orang yang belum lunch.  Kami berjumpa seawal kedai dibuka pukul 3.00 petang. 
Pilihan aku..  spagetti arabiata. 
Pilihan aku juga puding roti. Konon nak makan ramai-ramai sekai semua orangpun diet. 
Jom kita balik.  .
Kadang lupa kami dah berumur 50an rupanya. Semoga kasih sayang kita sebagai sahabat akan kekal selamanya walau terpisah dek lautan dan gunung- ganang. 

Review kedai : Datanglah sendiri sebab tekak kita tak sama.  Tapi bolehlah sangat bawak famili datang bukan auww sangat tapi bukan wek sangat. 

23 September, 2021

BIBIMBAP VERSI SIHAT

Bibimbap.. babap kang baru tau!! ha.. ha.. ha.. idok..idok. ini entri tentang bibimbap iaitu menu terkenal orang Korea. Selalu tengok dalam drama Korea jer tapi tidak pernah terfikir nak buat sendiri.  

Cuma yang ini nampak ada meal plan dari grup online coaching  bibimbap versi SIHAT.  Semangatlah kita nak mencuba terus reti cakap Korea. 

❤Annyeonghaseyo (안녕하세요) – “Hello”❤

Jom tengok resipi penuh bibimbap versi sihat di cookpad Cho Zila (klik sini :COOKPAD ) . Menu yang sangat mudah dan yang penting kebanyakan bahan-bahan ada didapur kita. 

Bibimbap ini adalah nasi campur/nasi gaul yang ada daging dan seaneka sayur yang digaul bersama sos istemewa dia. Tapi cara dia susun masa menghidangtu sangat mengagumkan buat kita rasa susahnya.  Padahal menu bibimbap ini macam nasi kerabu tetapi dalam versi Korea. Ha gitu !!

Untuk versi sihat kita tukar nasi kepada barli rebus.  Tapi kalau nak guna nasipun tidak menjadi masalah  cuma mesti ikut portion suku suku separuh. 

Untuk daging pula coach suruh tukar kepada tauhu untuk sumber protein.  Sos cili juga ditukar kepada sos yang lebih sihat jadi korang mesti tengok cookpad untuk resipi lemgkap (klik sini : COOKPAD).
Untuk anak-anak pula tetap disediakan nasi nasi dan daging (resipi google jer) . Yang penting anak-anak cakap sedap, tapi sayur lobak merah sahaja dia makan. 

Inilah kelebihan kumpulan online coaching kami,  secara automatik semua peserta jadi pandai memasak dari resipi Malaysia hingga seantero dunia. Ha!  Indahnya hidup kalau  berjemaah, gitu!

@chorzila
Puchong
0192104240



Nuffnang oh Nuffnang