Restoran Kak Yan Nasi Campur Pulau Langkawi
Untuk mengakhiri jalan jalan cari makan Langkawi kami memilih citarasa melayu di Restoran Kak Yan yang terletak di Ulu Melaka. Berbaloi untuk singgah Restoran Kak Yan yang kalau dari carian google mesti di muka surat pertama. Semasa kami sampai bukan kereta sahaja berbaris tapi ada dua ke tiga bas rombongan.
Walaupun Restoran Kak Yan cuma kedai biasa, tarikan utama kedai tersebut adalah makan terdapat pelbagai menu makan tengahari dengan harga yang murah dan berpatutan. Kalau selalunya kita dimomokkan restoran di kawasan ramai pelancong harganya tidak masuk akal. Tidak di Restoran kak Yan harga adalah munasabah dan tidak hairan ramai yang datang ke sini. Moga usaha ini diteruskan sampai bila-bila.
Memang berbaris hidangan makan tengahari untuk kita pilih. Paling best adalah banyak menu untuk orang kampung macam akak. Terus ambil masak lemak rebung muda dan ikan bakar (masani ikan bakar dah berkurang), udang goreng dia manis sangat isinya. Untuk hantu ulam macam akak memang rasa nak ambil kesemuanya sekali. Kiranya "gendang gendut tali kecapi kenyang perut senang hati"

Seluas mata memandang lauk dihidangkan untuk pilihan.
Tempat nasi dia memang terbaiklah.
Pemanis mulut seperti bubur dan kuih muih kampung juga ada tau.
Wawa membeli kuih talam yang sedap sebab terasa lemaknya.
Restoran ini luas amat jadi agak selesa walaupun ramai orang.

Walaupun perut masih kenyang, inilah pilihan kami.
Sedap weh, ingat nak ambil ketam takut mahal pula.
Rupa-rupanya harga di kedai ini adalah harga biasa-biasa.
Akak ambil udang goreng yang manis terasa (maniske istilahnya).
Akak memang suka makan nasi tidak berkuah.
Baru rasa kesempurnaan menelannya.
Ulaman di sini memang banyak sungguh.
Jadi untuk pencinta ulam, inilah kedai yang memenuhi citarasa anda.
Tapi rasanya kedai belah utara memang selalu banyak ulam.

Pilihan Syaza ikan pari bakar.
Akak nak ambil sudah habis pulak.
Masa kecil dulu suka sangat ikan terubuk bakar.
Alahai sedapnya, tapi kalau di kedai jarang ada.

Kalau berminat untuk menikmati citarasa orang kampung bolehlah datang ke alamat di bawah. Waze atau google maps sahaja alamat tersebut tentu boleh sampai.
ALAMAT :-
JalanUlu Melaka, Kampung Padang Gaong
07000 Langkawi, Kedah
WAKTU OPERASI :-
(dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi - 4.00 petang)
Assalamualaikum kak. Apa khabar kak. Memang sedap kedai tu. Kalau saya ke Langkawi, pagi2 saya kosongkan perut semata2 nak menikmati hidangan di situ. Puas hati sangat...
ReplyDelete