Tempat Menarik di Pantai Cenang Langkawi

Habis dah cerita Langkawi akak. Yeah at least tahun ini banyak entri sikit. Untuk menambah entri lagi kita cerita pasal Pantai Cenang. Pantai Cenang adalah destinasi paling popular di Langkawi. Kalau datang Langkawi tidak singgah Pantai Cenang macam tidak sampai ke Langkawi. Untuk percutian menyeronokkan dan suasana meriah diwaktu malam Pantai Cenang adalah tempatnya. Kalau Kuah terkenal dengan tempat membeli belah, Pantai Cenang juga banyak pusat membeli belah dan kedai cenderamata.


Pantai Cenang dari jeti Kuah mengambil masa lebih kurang 32minit (23km) dan Lapangan terbang 11minit(7.5km). Untuk percutian bersama kawan-kawan, akak berhasrat untuk berehat dan bersantai. Jadi sekadar meronda di Pantai Cenang sahaja sudah memadai, dapat menikmati keindahan alam, kedai makan yang banyak dan boleh membeli belah.


Aktiviti menarik kami lakukan ketika di Pantai Cenang :-


1. Menikmati keindahan matahari terbenam di Pantai Cenang

Pantai Cenang semakin cantik dengan kemudahan yang disediakan.
Akak rasa nama dataran awam ini ialah Cenang Square.
Selepas penat membeli belah kita boleh bersantai disini sambil menikmati pemandangan matahari terbenam.

Boleh juga berjalan di tepian pantai.
Terdapat kemudahan pejalan kaki di Pantai Cenang.
Jadi tidaklah kaki terkena pasir.
Boleh sahaja duduk ditepi pantai sambil melihat matahari terbenam.


2. Panorama Matahari terbenam di Nest Rooftop

Ada entri pasal ini :- Nest Roof Top Sunset. Seronok juga berada di atas bumbung bangunan tinggi ini sambil bersantai. 

3. Aktiviti Membeli belah

Pantai Cenang sekarang bukanlah macam dahulu. Kini jalan pun dah sehala untuk mengurangkan kesesakan jalan raya. Banyak pusat membeli belah dan juga tempat berbelanja di Pantai Cenang. Antaranya ialah Cenang Mall, Cenang Plaza Beach, Langkawi Designer Outlet (dekat dengan Shellout), Zon Bebas Cukai dan Coco Valley ( di Underwater World) dan deretan kedai di tepi jalan.
Cenang Mall


Pemandangan di sekitar Pantai Cenang 


4. Kedai Makan 

Antara kedai makan yang menjadi sebutan di Pantai Cenang ialah Selera Lubuk Buaya, Shellout, Restoran Haji Ramli, Telaga Seafood Restaurant, Restoran Orkid Ria, Islandish Seafood,  Restoran Seashell (Laman Padi), Artisan Pizza (ada delivery juga) dan banyak lagi. 

Tahun 2012 dulu akak pernah makan di Aroma Cafe berhadapn dengan underwater world. Tapi pergi kali ini macam sudah ditutup mungkin untuk membina Cenang Walk.
Banyak kedai makan di sekitar Cenang Walk
Di sekitar sini juga banyak kedai makan untuk dipilih.

5. Spa untuk urutan kaki dan badan

Pilihlah mana satu pilihan hati kerana ada tempat berurut yang ekslusif, ada yang sederhana, ada yang tepi laut jadi semua terpulang pada anda.
Meninjau harga dan tempat untuk berurut.
Kami tidak berurut di sini tapi berdekatan sini.

Terlupa ambil gambar ada khidmat urut kaki di kawasan hotel menghadap ke laut.
Di Sandy Beach Resort juga ada spa


Akak ada juga singgah  ke spa mahal tapi rasa tidak berbaloi. Kamikan cuti bajet jadi semuapun kena di ambil kira. Tapi semasa di sana kami berurut sebanyak dua kali, kali pertama di sebelah malam semasa menginap di Pantai Cenang dan kali kedua sebelum terbang balik ke KL. Puas hati dengan harga dan layana diterima.


Di atas antara aktiviti menarik kami semasa bercuti  di Pantai Cenang. Tapi sebenarnya banyak aktiviti lain yang kami tidak sempat lakukan selama di sini. Untuk 2 hari semalam memang tidak cukup masa untuk menjelajah semuanya. Antara tempat menarik dan aktiviti lain yang boleh dilakukan kalau ke Pantai Cenang.

1. Pelbagai hotel yang boleh menjadi pilihan.

Hotel di Pantai Cenang boleh dipilih samada murah atau mahal ikut kemampuan yang ada. Hotel mewah yang menjadi pilihan adalah seperti Casa Del Mar ~ terkenal dengan castaway picnic iaitu piknik romantik, Meritus Pelangi Beach Resort & Spa, Telaga Terrace dan banyak lagi tentulah sesuai untuk mereka yang banyak duitnya. 

Malibest Resort pula antara hotel terlaris kerana menawarkan harga yang menarik dan terletak betul-betul di tepi pantai. Jadi untuk pelancong bajet sudah pasti Malibest menjadi pilihan. 

2. Sukan air di tepi pantai Cenang.

Ramai yang melakukan aktiviti sukan air di tepi pantai Cenang. Ada jetski, parasiling, banana boat, berkayak dan banyak lagi. Boleh juga bina istana pasir bersama anak-anak. Di Pantai Cenang juga terdapat ejen untuk kita melakukan aktiviti lawatan ke pulau.

3. Sukan Go Kart

Kalau ada masa terluang boleh juga mencuba sukan go kart di sini. 

Alamat: 
Lot 67, Jalan Pantai Cenang, 
Mukim Kedawang, 


4. Underwater world Langkawi

Akak pernah buat entri pasal underwater world 2012 . Sudah semestinya saat gembira kami anak beranak semasa melawat Langkawi. Kalau bersama anak ini tempat wajib pergi terutama yang belum pernah sampai.

5. Laman Padi

Akak pernah juga sampai ke sini, dan ada entri Laman Padi 2012. Untuk anak bandar mesti datang ke sini bolehlah nampak sawah padi. Terdapat satu restoran yang agak terkenal di sini juga.


6. Pasar Malam Temoyong (hari khamis)

Untuk yang ingin merasai suasan pasar malam dipulau rasanya bolehlah datang ke sini.

Comments

  1. best nya kak, cantik sgt pemandangan di tepi pantai tuh...
    nk kesana mmg kene bt pilihan yg betul, bkn pakai hentam je klu tidak rugi jgk

    ReplyDelete
  2. Lama tak pegi Langkawi. Rasa malas nak pergi sebab mcm dah pernah pergi tapi yelah kan mungkin sekarang dah banyak perubahan, Pantai Cenang pun dah semakin maju nampaknya tu...dah mcm bandar dah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts