Melihat Matahari Terbenam di Langkawi ~ Nest RoofTop Cenang

Kami tidak ada aktiviti khusus ke Langkawi. Cuma nak rehatkan badan dan minda. Selepas check in hotel dan solat kami terus keluar di sekitar pantai Cenang. Singgah pelbagai kedai sambil meninjau harga untuk dibandingkan dengan pekan Kuah. Tidak membelipun hanya window shopping. Haripun dah petang, kalau dah ditepi pantai harus tengok matahari terbenam.

Untuk trip bersama kengkawan pengalaman melihat matahari terbenam menjadi acara penting. Kata orang kalau naik Langkawi sunset cruise lebih menarik tapi rasa macam membazir pulak. Pantai Cenang juga tidak kurang hebatnya dan Nest RoofTop menjadi destinasi kami. 

Sebelum sampai di Kafe Nest RoofTop kami berjalan di tepi pantai yang memperlihatkan keindahan alam ciptaan Allah swt. Subhanallah Maha Suci Allah, terima kasih hanya padaMu. Di tepi pantai juga terdapat restoran dan perkhidmatan mengurut kaki sambil melihat matahari terbenam. Mungkin lain kali sebab kali ini kami ingin merasai keindahan dari tempat yang tinggi di Nest RoofTop. Akak teruja sebab selalu tengok cerita Korea yang rumahnya adalah di bahagian paling atas bangunan. 

Nak tahu tak Nest RoofTop terletak di mana? Mudah sahaja, Nest RoofTop terletak di tingkat 5 Royal Agate Beach Resort. Jangan risau lif ada disediakan. Restoran di sini adalah 'pork free' dan tidak menyediakan minuman beralkohol. Apabila masuk sahaja mata terus tertangkap pemandangan indah yang sangat mendamaikan. Tidak mampu untuk dizahirkan dengan kata-kata dan kenalah datang sendiri. 

ramai Tadi tak mampu mengadap laut Andaman
Royal Agate Beach Resort free pork, alkohol juga tidak disediakan.

Cantiknya maharipun tersipu malu.
Ada lagi insan yang bersukan di waktu ini.
Betul-betul lalu di atas kami
Ya Allah terima kasih atas kurniaanMu
Kami sampai lambat, matahari sudah terbenam jauh.
Jalan di pantai Cenang kini satu hala
Hotel Royal Agate ini berhadapan dengan Sandy Beach Resort.


Hanya memesan minuman jus tembikai.
Kami bercadang untuk makan di Selera Lubuk Buaya.
Ada sebab kami memesan air tembikai!!!
Akibat dari bacaan di laman web #jomjalan

Nak lepak tengok matahari terbenam di Pantai Cenang sambil minum jus tembikai? Ini antara tempat paling happening 
laman web #jomjalan

Walaupun kafe tidak menyediakan alkohol terasa juga cuak kerana chef dan pekerjanya omputih dan siap  bertatu.
Sebab itu kami hanya minum walaupun menu nampak  menyelerakan.
Pantai Cenang penuh dikelilingi dengan hotel dan tempat perniagaan.
Jalan di pantai Cenang kini satu hala
Selamat tinggal kami beransur balik dahulu.
Menu yang disediakan di Nest RoofTop

Mengikut laman web #langkawilink dan #pulaulangkawihomestay antara kawasan menarik untuk melihat matahari terbenam ialah di :-
1. Telaga Harbour Boardwalk & Pantai Kok
2. Boardwalk di Awana Porto Malai
3. Pantai Tanjung Rhu
4. Pantai Cenang
5. Nest RoofTop Cenang
6. Pantai Tengah 
7. Jeti Kilim Geopark 

Alamat Nest Rooftop Café Langkawi :-
Tingkat 5, Royal Agate Beach Resort, 
Jalan Pantai Cenang 

Waktu di buka: setiap hari ~ 
Sarapan : 7 pagi  – 11 pagi 
Makan malam : 5 petang  – 11 malam




Comments

Popular Posts