Taman Tasik Shah Alam
Ingin berekreasi dan percuma datanglah ke Taman Tasik Shah Alam yang luas terbentang... Seronok dapat menghirup udara segar di kota batu yang menyesakkan.... Peluang berjalan-jalan waktu pagi di Taman Tasek ini memang membahagiakan.... dapat melihat gelagat orang ramai ada yang berlari sendirian, bersama teman dan juga bersama keluarga... ada yang berlari laju, ada sederhana dan ada yang berjalan macam akak... dan terdapat ramai yang berkumpulan samada melakukan taici, aerobik atau zumba...
Paling seronok dapat melihat keindahan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah iaitu Masjid kedua terbesar di Asia Tenggara... Ada yang panggil Masjid Biru kerana kubahnya yang berwarna biru... Senibina masjid ini adalah hasil kombinasi senibina tradisional Islam, India, Asia Barat dan Melayu... ate apa lagi moh kita....
Shah Alam bandaraya orkid...
Melihat keindahan pagi tatakala matahari terbit...
Akak suka sebab ada air dan tumbuhan hijau..
Alangkah seronoknya kalau dapat datang sini hari-hari...
Ku lihat hijau hijau...
itu sahaja yang mampu ku ucapkan.
itu sahaja yang mampu ku ucapkan.
Terowong yang tidak menyeramkan...
Suka tengok Masjid dari dalam tasik ...
Walaupun penat tapi hati sangat senang..
Bentang tikar dan berkela bersama keluarga pasti indah......
Rasa kat Jepun pulak kome!!
Dulu area air terjun kalau tak silap...
Tapi untuk yang nak exercise panjat tangga bolehlah...
Tapi untuk yang nak exercise panjat tangga bolehlah...
Ada grup lain pulak di sini...
Beriadah baik untuk kesihatan ....
Tandas yang sangat bersih....
SUMBER : UTUSAN
Taman Tasik Shah Alam kini mempunyai empat tarikan baharu buat para pengunjung iaitu Jambatan Kanopi, Menara Tinjau, Titi Gantung dan Trek Basikal Kanak-kanak.
Boleh lihat info juga....
SUMBER : Dari laman web MBSA
Tarikan
Terdapat landskap yang indah dan menghijau, kawasan seluas 43 hektar ini turut menjadi habitat kepada hidupan air tawar dan burung undan, sememangnya ketenangan boleh didapati di Taman Tasik Shah Alam.
Kemudahan
Restoran, taman permainan kanak-kanak, laluan joging, laman refleksologi, kawasan rehat dan kemudahan tempat letak kenderaan.SUMBER : UTUSAN
Taman Tasik Shah Alam kini mempunyai empat tarikan baharu buat para pengunjung iaitu Jambatan Kanopi, Menara Tinjau, Titi Gantung dan Trek Basikal Kanak-kanak.
SUMBER : MAI SINGGAH
Taman tasik ini dibuka pada tahun 1985 dan direka oleh arkitek lanskap dari Jepun, Fumiaki Takano. Lanskap di taman tasik ini amat menyejukkan mata dan sangat sesuai dijadikan tempat berekreasi sambil bersantai bersama keluarga. Anda dapat menenangkan fikiran melihat ketenangan air ditemani bunyi burung-burung yang terbang di langit. Siapa sangka di tengah-tengah kota pun terdapat kawasan yang setenang ini.
Alamat

Jabatan Taman & Rekreasi,
Majlis Bandaraya Shah Alam,
40000 Shah Alam, Selangor.
Majlis Bandaraya Shah Alam,
40000 Shah Alam, Selangor.
Telefon | : | 03-5522 2834 |
Faks | : | 03-5510 5133 |
Comments
Post a Comment