Bukit Melawati Kuala Selangor

Sekadar kenangan untuk diabadikan di blog kesayangan aku ini. Cerita ini akak ada letak di facebook.


Lagak bagai wakil rakyat melawat kawasan.... kesempatan datang ke Bukit Melawati tanpa diduga.... sebenarnya ada urusan yang memaksa aku ke Kuala Selangor... ingatkan urusan rasmi itu lama rupanya Allah bagi peluang aku naik ke sini...

Seronok tengok anak muda berjogging dan berbasikal.. rugi.. rugi... kalaulah ku tahu boleh bawak kasut sukan..... pusing seroundpun banyak juga kalori terbakar...
Kalau hujung minggu ada trem pada hari biasa boleh bawak kereta sampai atas... pagini juga tiada monyet yang datang.. kalau nak tahu monyet antara identiti Bukit Melawati.. eh..eh.. kalau tengah jogging monyet datang camner yer.. ehmmmmmm tak jadilah....
Sebenarnya tidak habis pusingpun... banyak tempat yang boleh dilawati walaupun Bukit Melawati tidaklah sebesar manapun... Sempat singgah Kota Melawati yang ada meriam dan rumah api dan singgah Makam Diraja ... khabarnya disini terdapat Muzium Daerah Kuala Selangor, tempat melihat anak bulan, tangga seratus, batu hmpar(tempat memancung kepala sipenderhaka), perigi beracun, busut Melawati dan telaga tujuh.. eh.. google2 banyak pulok.. next time kita datang lagilah...
Kalau hujung minggu ada trem pada hari biasa boleh bawak kereta sampai atas... pagini juga tiada monyet yang datang.. monyet antara identiti Bukit Melawati.. eh..eh.. kalau tengah jogging monyet datang camner yer.. eh..eh tak jadilah.... PEMBETULAN bukan monyet tapi lotong kelabu
Namun sebagai peminat sejarah, Bukit Melawati antara destinasi yang aku gemari... Bukit ini pernah menjadi pusat pentadbiran kerajaan dan benteng terawal Sultan Selangor daripada serangan musuh.... oklah kita jumpa lagi Bukit Melawati...

Fakta tambahan :- MDKS.GOV.MY
Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing. Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.

Tarikan : Tempat peninggalan sejarah - Pemerintahan Kesultanan Selangor yang pertama sehingga yang ketiga, Batu Hampar, Perigi Beracun, Makan Diraja ( 3 Sultan Selangor yang pertama, Muzium Kuala Selangor, Muzium Permainan Tradisional, Rumah Api, Baituhilal ( tempat melihat anak bulan ), Busut Malawati, Kota Malawati, Tangga Seratus, Meriam 3 sederet, Meriam Penggawa, pemandangan Selat Melaka dan bermain dengan monyet.


Berat badan yang terberat pernah dicapai.
Gatal menimbang di Tesco Kuala Selangor.

Meriam bukit Malawati


 Mendamaikan kala di puncak Malawati ini...
Peta Bukit Malawati

Rumah Api Kuala Selangor
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search
Rumah Api Kuala Selangor
Rumah Api Kuala Selangor terletak di atas Bukit Melawati dalam daerah Kuala SelangorSelangorMalaysia menghadap ke laut Selat Melaka. Rumah api ini dibuka pada 1907 oleh penjajah British, berdekatan dengan muara Sungai Selangor. Tinggi rumah api ini adalah 83 meter dari dasar laut dan 27 meter dari darat dengan sinaran lampunya mampu memancar sehingga 56 kilometer. Lampu cerah akan berpusing dan berkelip dua kali setiap 15 saat. Pada awalnya, lampu ini menggunakan minyak tanah dan generator kemudian dijana dengan kuasa elektrik kerana lebih bersih dan jimat.
Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia merangkap Pengerusi Lembaga Dius Api, Datuk Kapten Ahmad Othman memaklumkan bahawa rumah api menjadi pedoman kepada pelayar Selat Melaka dan menjadi penanda pintu laluan keluar masuk ke perairan Selangor.
Rumah Api Kuala Selangor mulanya bernama 'Rumah Api Altingsburg' sempena nama seorang Gabenor Belanda kerana Belanda pernah berkuasa ketika itu dan Belanda mengumpul bijih timah dari Selangor dan Perak . Ia dibina pada tahun 1907 dan beroperasi secara rasmi pada 1910.Sejarah rumah api di Malaysia bermula sejak zaman penjajahan Inggeris dan dari tahun 1826, rumah api di pesisiran pantai negara dikenali sebagai 'The Straits Settlements Lighthouses'.

Makam Diraja Kota Malawati

 Makam Diraja Selangor terdiri daripada tiga makam Sultan Selangor iaitu Sultan Selangor Pertama, Sultan Salahuddin (1742-1778), Sultan Selangor Kedua, Sultan Ibrahim (1778-1826) dan Sultan Selangor Ketiga, Sultan Mahmud (1826-1857). 

Sumber :- https://www.bharian.com.my/node/43130
 

Meriam Penggawa ini sentiasa dibalut dengan kain kuning dan terletak di dalam kawasan makam 3 orang Sultan Selangor. Ianya ditemui di pinggir Sungai Buluh, 12 km ke selatan Kuala Selangor pada 23 September 1966. Nama asalnya ialah Petoi Boga bererti Puteri Putih.
Dinamakan Meriam Penggawa adalah atas kerana inisiatif Datuk Penggawa Permatang Paduka Mahabijaya Kuala Selangor yang membawa meriam itu ke tempatnya sekarang. 

Pernah diceritakan bahawa meriam ini pernah 2 kali meletup dengan sendirinya.



Jom cuti cuti Malaysia kerana lokasi ini tidak jauhpun hanya terletak kira-kira 65km dari Kuala Lumpur... Akak akan datang lagi sebab rasa ralat tidak dapat bergambar dengan duta Bukit Malawati si lotong kelabu dan tidak melawat muzium. next please!!!!


Waktu Operasi : 9.00 pagi – 6.00 petang ( Sabtu, Ahad dan Cuti Umum )
Bayaran perkhidmatan trem :
Lawatan ke Bukit Malawati sahaja:
  • RM 3.00 / dewasa
  • RM 2.00 / kanak-kanak ( 3-12 tahun)
Kuala Selangor District Council
Add: Jalan Majlis, 45000 Kuala Selangor, Selangor.
Tel: +603-32891439
Web: http://www.mdks.gov.my/

Comments

Popular Posts