Atikah dan Kawan-kawan
Seronok dengar cerita kakak bila dia dah masuk sekolah menengahni... Cerita pasal kawan-kawan .... macam-macam masalah remaja... tapi selalupun kita bagi peluang dia bercerita.... kalau boleh nasihat kita nasihat... nak membebeltu takut dia tak nak bercerita lagi... tapi sejak dia masuk sekolah menengahni nampak dia happy sangat....
Benda pertama yang akak dengar dia jadi bendahari kelas... setiap malam mengira duit... kelakarpun ada.. setiap hari juga dia membebel ada kawan yang susah nak bayar yuran (ehm yuranker?) kelas... Lepastu dia happy dapat jadi pengawas pusat sumber sekolah (pss)... seronok tengok dia happy sebab masa sekolah rendah dulu dia langsung tak aktif...
Semoga kakak terus menjadi kesayangan ibu dan ayah... teruskan bercerita kerana ibu sentiasa ada di sisi kakak waktu senang dan sukar...
Gambar di bawah semasa upacara penyampaian hadiah kecermelangan PSRA bulan Mac yang lepas... tahniah untuk anak-anak MUMTAZ...
Stail baru bergambar...
Tahniah kakak
Bersama kawan-kawan
Bersama kawan baik dari darjah satu...
Tahniah anak-anak dan guru-guru...
Bergambar sampai lebam...
Muka gembira....
Pengubat hati lara UPSR tidak berjaya 6A....
Pengubat hati lara UPSR tidak berjaya 6A....
Suka tengok budak-budak bergambar...
Jangan berhenti selagi kamu belum puas untuk menikmati kejayaan....
Selamat Maju Jaya dalam kehidupan dunia dan akhirat...
Selamat Maju Jaya dalam kehidupan dunia dan akhirat...
seronok dia ya kak... dia blh explore mcm2 benda baru...
ReplyDeletejadi bendahari tu mengajar dia pandai jaga amanah, bkn semua org blh jd bendahari... jd pengawas pusat sumber tu mcm pustakawan ke kak? makin aktif la kakak ye