Restoran Wan Thai Kuah Langkawi
Kalau kita membuat carian di google kedai makan sedap di Langkawi, Restoran Wan Thai pasti ada menyelit. Malah percutian Langkawi akak tahun 2012, restoran ini juga mendapat tempat. Namun pada masa itu akak tersilap tentang waktu buka dan tutup restoran. Rasa ralat tidak dapat singgah makan sedangkan sudah sampai di hadapan kedai.
Untuk kali ini misi akak dan kawan-kawan adalah jalan jalan cari makan maka Restoran Wan Thai antara senarai itinerari wajib singgah kami. Sebenarnya perut masih kenyang disebabkan kami bersarapan dua kali tadi. Namun bukan selalu kita ke Langkawi, misi diteruskan juga.
1st impression kata omputih patutlah restoran ini kegemaran ramai. Hiasan dalaman restoran ini sangat Siam, terasa seperti kita berada di negara gajah putih. Yang penting restoran ini luas dan selesa boleh menempatkan ramai orang dalam satu-satu masa. Yang datang bukan setakat naik kereta malah bas pelancong banyak yang singgah sini.

Mari kita cerita pasal makanan. Terdapat pelbagai makanan Thai yang boleh dinikmati di sini. Antara yang paling menarik untuk dicuba ialah otak-otak dan kuih lompang(akakpun baru tahu masa tulis entri ini), pulut mangga, miengkham, ayam pandan dan banyak lagi. Tapi seperti akak cakap perut masih kenyang lagi akhirnya kami cuma memesan mihun tomyam dan berkongsi makan pulut mangga.
Akak bagi 4 ❤️❤️❤️❤️ untuk Restoran Wan Thai yang memenuhi citarasa kami. Walau perut kenyang semua makanan dapat dihabiskan. Cuma mungkin lain kali mesti cuba otak-otak dan makan nasi dan lauk pauk citarasa Thai yang menyelerakan. Wahai suamiku dengar atau tidakni isterimu nak cakapni jom kita ke Langkawi!!
Akak minum air lobak merah bersusu yang sangat sedap.
Orang Siam memang berseni orangnya.
Yang penting rasanya juga tidak mengecewakan.
Yang penting rasanya juga tidak mengecewakan.
Masing-masing makan bihun tomyam.
Air kosongpun sedap, sebab ada rasa pandan.
Air kosongpun sedap, sebab ada rasa pandan.
Terima kasih ya Allah untuk nikmat yang kau berikan...
Cantikkan dekorasi kedaini...
Selepas habis membeli belah boleh menikmati hidangan Thai yang lazat.
ALAMAT :-
80- 82, Langkawi Mall Dundung,
07000 Kuah, Langkawi
WAKTU OPERASI :-
Setiap hari : 11.00 pagi - 3.30 petang
6.30 petang - 10.30 malam
(Peringatan kedai ditutup dari 3.30 petang hingga 6.30 petang).
Comments
Post a Comment