Cafe & Bakeri Spiced Pumpkin Shah Alam

Kedai wajib cuba kalau anda berada di Shah Alam... Kedai comel tapi istimewa kerana menyediakan hidangan Malaysia - Palestin dengan harga yang berpatutan...❤️❤️ Malaysian & Palestinian Love Story in making food epic ❤️❤️ ... katanya.. Hidangan signature di Spiced Pumpkin adalah nasi maqlubah (tunggang terbalik).. terus akak teringat kenangan lawatan Palestin akak dulu (Cerita Palestin Cho Zila)... tapi akak tak cuba sebab baru makan tengahari... Datang ke sini sebenarnya nak habiskan masa menunggu suami balik kerja... Yang paling utama misi akak nak rasa kunafah tercapai.... Puas hati dan recommended kat omputih..

Inilah kedai dari depan... 
Belakang Mc Donald Seksyen 3 Shah Alam sahaja.... 
Menu yang ada di sini....
Kalaulah perutni kosong rasa nak cuba semua.... 

Dekorasi yang simple tapi sedap mata memandang...
Rasa ralat sebab malu kucing nak ambil gambar....

Nampak labu teringat kat Cinderella pulak.... 

Lontong Kering Dendeng Paru
Nasi impit dan kuah kacang, serunding kelapa, sambal tumis, bawang goreng dan telur rebus.. 
Akak pilih dendeng paru..
Untuk akak yang datang sedia ada kenyang, jenuh jugalah nak menghabiskan hidangan ini...
Akak lebih memilih lontong yang berkuah..

Kunafa
Pencuci mulut yang paling terkenal disini iaitu kunafa..
Akak tak tahu apa dia yang penting rasa keju...
Manis 'meletin' tapi akak habiskan semuanya seorang...
Jadi sudah pastilah sangat sedap....

Mungkin di masa akan datang akan dicuba nasi maqlubah yang terkenal itu.. terkenang-kenang akak nasi maqlubah semasa di Palestin dulu... dia terbalikkan nasi dari periuk depan kita... tak payah nak hias-hias... tapi rasa dia ya Allah sedap sangat.... Cerita Palestin Cho Zila

Lokasi :-

2.0 , Kompleks KPPMS Lot 291
Jalan RU 3/9A, Seksyen 3, Shah Alam

Waktu Operasi :-
Isnin - Jumaat (10.30 pagi hingga 10.30 malam)
Sabtu (12.00 tengahari hingga 11.00 malam)

Boleh baca pasal Spiced Pumpkin  di sini juga :- kafe malaysia palestin

Comments

  1. siap ada lontong kering lg ye kak...best jgk nih... nama cafenya pun comei sgt

    ReplyDelete
  2. nasi tungganb terbalik eeyh nama dia hehe.. menarik !! sedapnya lontong. adoi.. telan ailio..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts