Bersarapan Nasi Dagang Pak Malau
Pilihan sarapan pagi kami di Langkawi ialah kedai Makan Nasi Dagang Pak Malau. Walaupun perut sudah kenyang bersarapan dihotel, kami tetap meneruskan hajat ke Nasi Dagang Pak Malau. Syukur Allah dorong kami sampai ke sini kerana makanan, keindahan alam dan rasa kagum bergabung menjadi episod bersarapan di Nasi Dagang Pak Malau sebagai kenangan indah kami di Langkawi.
Kenapa akak kata begitu?
1.Bagaikan jatuh cinta pandang pertama begitulah rasa akak di pagi itu. Akak sangat menghormati insan yang masih mempertahankan nilai murni bangsa Melayu. Pertama sekali ternampak tulisan jawi di papan tanda Nasi Dagang Pak Malau. Dengan hiasan kedai seperti kita menonton cerita zaman dahulu, akak rasa sangat berbangga.
2. Masuk ke dalam mata terus tertangkap dengan pelbagai barangan lama yang menjadi hiasan. Dalam hati terus berkata tidak hairanlah kedai ini menjadi sebutan kerana masih memelihara warisan bangsa. Pelancong dari luar sudah pasti inginkan tempat seperti ini yang sukar untuk dia dapat di tempat sendiri..
3. Bersarapan di tepi bendang adalah pengalaman indah yang mesti dialami oleh kita rakyat Malaysia. Sayang masa kami datang pemandangan sawahnya bukan yang terbaik. Akak ada kenangan bersama adik beradik makan di tepi bendang selepas membantu di kebun koko. Ah ! rindu datang lagi, ayahanda tercinta Allahyarham Zakaria Ansari.
4. Yang terakhir sekali sudah pasti makanannya. Dengan perut penuh terisi, kami bertiga menikmati hidangan nasi dagang dan kuih muih senyap tidak berbunyi. Masih teringat sampai ke hari ini keenakan pulut panggang yang penuh isi. Ada udang kering didalamnya mengingatkan akak suatu masa dahulu kami panggilnya pulut udang. Semua menu makanan dan minuman yang kami cuba pagi itu juga sangat sedap.

Hati terus berbunga-bunga apabila sampai ke sini.
Buka setiap hari kecuali hari selasa dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 2.00 petang.
Nampak tak penghargaan dari Tripadvisor.
" Certificate of Excellence 2017"
Macam-macam ada.
Setrika lama, labu Sayung, mesin jahit lama, mangkuk tingkat(siya), kukur kelapa lama (kepala tak nampak da!)
Lagi hiasan dipamerkan
Yang akak tahu mesin proses getah.
Yang batu tu tak tahu pulak fungsinya.
Harga menu nasi dagang.
Akak cakap kat adiktu, mai sini akak nak ambil gambar.
Pilih jangan tak pilih.
Radio lama juga ada.
Kereta lama yang tidak berfungsi tapi ramai bergambar di sini.
Bendang oh bendang.
Kami memilih duduk di sini.
Jenuh juga bersimpuh sebab nak duduk tepi bendang punya pasal.
Ketiga-tiga kami memilih nasi dagang cuma lauk berlainan.
Boleh makan di pondok bersimpuh dan juga di bangku kuning.
Tukang duit adalah Pak Malau.
Pak Malau juga sangat istimewa.
Dia sangat peramah dan pandai buat silap mata.
Kami yang datang 3 orangni dia layan dengan persembahan silap mata.
Tidak hairanlah pelancong asingpun ramai yang datang ke sini.
Boleh juga makan di sini.
Dulu rumahtu adalah home stay
Tapi sekarang Pak Malau jawab no stay.

Boleh baca tulisan jawi tak!
Pantun Hamba
Kajang Pak Malau Kajang berlipat
Kajang Hamba Mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang hamba menumpang lalu
Pantun Hamba
Kajang Pak Malau Kajang berlipat
Kajang Hamba Mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang hamba menumpang lalu
Ramai yang datang bersarapan di sini walaupun tempat ini agak jauh dari pekan Kuah dan pantai Cenang.
Nak cari kedai ini tidak sukar kerana kedai ini berhampiran makam Mahsuri.
Selamat tinggal kenangan...

Kenapa ada gambar kedai Nasi Dagang Pak Malau lagini?
Asyik terkenangkan pulut panggang membawa kami datang lagi ke sini.
Kalut sungguh rupanya hari selasa kedai ditutup
Padahal akak sendiri ambil gambar yang thalatha tutup.

(tengok gambar 2)
Insyaallah ada rezeki kami datang lagi..

Hendak berpantun akak tidak pandai. Tapi akak ingin juga berterima kasih kepada Pak Malau dan Mak Malau yang meletakan kepercayaan kepada budaya bangsa kita untuk konsep kedai mereka. Rasa terima kasih juga kerana mengiktiraf tulisan jawi di tempat yang sepatutnya. Pantun ini bukan idea akak, akak ambil dari google
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan
Alamat :-
Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar,
07000 Langkawi, Kedah
Waktu Buka :-
Rabu - Isnin : 8 pagi - 2 petang
Rabu - Isnin : 8 pagi - 2 petang
Hari Selasa - TUTUP
sedapnya
ReplyDeleterasanya ramai jgk dh promo tempat ni kt blog kn kak... mmg cantik betul pemandangan kt situ... sambil layan sawah padi dpt mkn nsi dagang... nasi dagang di bumi langkawi... sesuai ngn namanya
ReplyDelete