Shell Out di D Sepit Biru Sri Iskandar
Selamat berhujung minggu kawan-kawan semua. Entri balik kampung akak bulan Oktober belum berakhir lagi. Jom kita buat entri makan di Restoran D Sepit Biru Sri Iskandar pula. Setelah sekian lama orang cerita pasal Shell Out baru haritu akak merasanya. Kami singgah ke Kedai Dua ringgit di Sri Iskandar selepas balik dari Gunung Lang, Ipoh. Terpandang ada hidangan Shell Out di restoran berhampiran dengan kedai tersebut, jadi tidak salah untuk mencuba..
Muka berminyak setelah seharian berpoya-poya...
Di Lembah Klang tidak dapat merasa, hanya di Sri Iskandar baru terjumpa...
Tu dia.. yang elergik makanan laut lupakan sahaja...
Anak teringin makan di buaian...
Suami akak pulak rasa tidak selesa pulak...
Inilah rupanya kedai Shell Out D Sepit Biru Sri Iskandar,,,
Ini gayanya Shell Out, hidangan makanan laut di lambakkan atas meja dan dilapikkan kertas yang berplastikjer...
Anak teringin makan di buaian...
Suami akak pulak rasa tidak selesa pulak...
Inilah rupanya kedai Shell Out D Sepit Biru Sri Iskandar,,,
Ini gayanya Shell Out, hidangan makanan laut di lambakkan atas meja dan dilapikkan kertas yang berplastikjer...
Di sini ada pakej jadi agak murah juga....
Airpun termasuk dalam pakej dan boleh isi semula..
Airpun termasuk dalam pakej dan boleh isi semula..
Namun boleh juga mencubanya di rumah, lebih jimat dan mungkin lebih sedap. Jumpa resipi shell out di sini SINAR HARIAN
Jadinya atas dasar penjimatan VK berusaha menggugel mencari resepi ala-ala Shell Out. Resipi ini diambil dari dari laman web www.azhafizah.com dan blog sihatimerahjambu. Katanya stail hidangan lebih kurang di kafe terkenal itu tapi cara masakannya diolah mengikut cita rasa sendiri.
Bahan untuk pes:
Cili kering – direbus
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Asam keeping (anggaran 2-3 keping)
Cara membuat pes:
Kisar semua bahan kecuali asam keeping.
Tumis dengan sedikit minyak dan dua tiga asam keping.
Cara memasak ketam:
1. Panaskan minyak, senduk pes secukupnya.
2. Tambah sos cili, sos tomato, sos tiram sos ikan (jika menggunakan sos ikan tak perlu menggunakan garam).
3. Masukkan juga, kiub ikan bilis, sedikit gula, serbuk cili dan sedikit air
4. Masuk ketam lalu tutup kuali supaya ketam masak
5. Kacau beberapa biji telur dan curah atas ketam dlm kuali. Balik-balik kan ketam dan tutup kuali.
6. Siap dimasak.
Cara memasak udang:
1. Udang dibasuh bersih, ketuk beberapa ulas bawang putih diketuk.
2. Di dalam kuali masuk sedikit pes lalu tambah sos cili
3. Masak hingga kering sedikit
4. Masuk udang, kacau dan tutup kuali seketika. Siap.
Cara memasak sotong:
1. Sotong dipotong dan diperap dengan garam dan kunyit.
2. Ambil sedikit pes campurkan dengan kiub ikan bilis dan sedikit gula. Lumur pada sotong.
3. Masak menggunakan kuali non stick.
4. Balik-balikkan kan hingga kering dan masak ( jangan ditutup kerana sotong berair dan lembik)
5. Untuk kupang dan lala cara penyediaannya sama seperti sambal tumis.
Cara penyediaan sayur dan dressing:
1. Brokoli, bunga kobis putik jagung, lobak merah di celur dlm air garam lalu ditos.
2. Mayonis dicampur sos cili untuk rasa seperti sos Thousand Island
Hidangkan kesemua makanan di atas kertas parchment paper dan nasi jika mahu. Mudah saja membuatnya. Sesuai untuk hidangan famili. Gerenti puas hati makan masak sendiri. Kenyang dan lebih jimat. Pencinta seafood perlu cuba hidangan ini.
Resipi: www.azhafizah.com dan Blog sihatimerahjambu
Selamat mencuba!!
sedapnya nengok si lambakkan segala seafood tuh kak oi...
ReplyDeletenk bt kt umah tak raamai org jd mcm tak seronok pulak nk cuba...
kalau blik kg blh jgk try nih... sbb rmai2 lg seronok mkn
sedapnya bershell out..langgar terus pantangnya..
ReplyDeleteThank promosi kedai teman
ReplyDelete