Gunung Lang Ipoh yang menawan

Jangan ditanya kenapa kita kena pergi ke Gunung Lang Ipoh. Kena datang sendiri kerana sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Bayangkan tempat indah namun tidak perlu pergi jauh hanya sekitar bandaraya Ipoh. 

Walaupun masa kami pergi hari itu hujan rintik-rintik tapi kami tetap gembira dengan pemandangan indah ciptaan yang Esa. Subhanallah akak yang tinggal lama di Ipoh dahulu juga tidak pernah sampai ke sini. Namun rasanya tempat ini bukan dalam kategori destinasi menarik di Ipoh pada masa itu.


Mari kita tengok gambar yang kami ambil di sini...  
Cantik pemandangan tapi sayang tidak membawa kamera...
Taman permainan tapi si dia yang menguasai..
Lihat dibelakangtu nampak tak?
Ada payung tergantung juga...
Dik Ya sibuk tengok pakcik aiskrim kat belakang...
Nak rasa seram sikitpun boleh...
Rasa cam ehm... 
Aku diselubungi misteri...
Mini Zoo yang ada burung unta dan rusa..
Ada burung unta juga..
Main agakjer rasanya binatangni rusa..
Sayang tiada papan tanda untuk semua kemudahan di sini...
Ada menara tinjau juga...
Landskap yang menarik
Ada beberapa rumah comel...
Rumah comelni ada banyak tapi sayang macam tidak terurus...
Juga tiada penerangan untuk setiap jenis rumah di pamerkan..
Boleh bercinta cintun di sini...
Tempat damai hatipun tenang...

Orang Perak mesti datang sini supaya tidak susah bercerita dengan orang. Untuk yang melalui lebuhraya PLUS untuk ke utara dan selatan juga boleh singgah sini. Jika anda dari Kuala Lumpur susur keluar di Ipoh dan lebih kurang 1 km akan sampailah destinasi. Ada banyak papan tanda arah untuk ke Gunung Lang. 
SUMBER :- www.ipoh-city.com
Banyak maklumat tempat menarik di Ipoh dan Perak ada di laman web ini..

Cuti-cuti Malaysia dekat jer... Kurang habis duit datang sini berbanding dengan taman tema atau pusat membeli belah. Cuma mengharapkan pihak DBI akan menambah baik tempat ini kalau ingin lebih ramai berkunjung ke sini. 

Comments

  1. dekat je ni... nanti free boleh jln2.

    ReplyDelete
  2. wahh seronoknya p gunung lang.. hehe :)

    ReplyDelete
  3. Memang cantik permandangan gunung lang ipoh ni

    tak rugi pergi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts