Pulau Pinang memang menarik
Ini kisah suami yang ke Pulau Pinang atas urusan kerja. Bukan nak cerita pasal kerja dia tapi nak kongsi gambar makanan yang buat cheq terliuq. Sudah lama akak teringin hendak ke Pulau Pinang tapi ada sahaja halangan. Semasa akak belajar di utara dulu, pantang biasiswa masuk mesti nak pergi Pulau Pinang. Janji dapat naik feri dan pergi Komtar rasa seronok sangat. Semenjak kahwinni rasanya belum sekalipun sampai ke sana.
Rasa macam biasa nampak kedai ini...
Selalu masuk dalam TV untuk rancangan makan-makan...
Roti bakar telur goyang...
Ehm rindu ngan sarapan berat orang utara...
Ku lihat sedap... sedap.. sedap...
Memang kenyang sangat kalau begini sarapannya..
Hard Rock Penang...
Nasi Kandar Deen Pulau Pinang...
Beraturlah dulu baru boleh makan...
Alamak berbaloi beratur rasanya..
Akak paling teruja tengok cili hijautu..
Nampak sedap yang amat...
Moga dapatlah akak ke sana tahun depan yer.. Masuk dalam senarai tempat yang kena pergi 2017...
Lama betul tu tak ke Penang..hihihi...
ReplyDeletePenang mmg syurga makanan..saya pun suka ke sana...