Kami sepupu part 1~ Wordless Wednesday

Jarang berjumpa tapi mesra... Itulah kehebatan cucu Zakaria Ansari dan Shifak... Memang diakui akak agak cemburu melihat keluarga sebelah suami yang dapat berkumpul bukan hanya adik beradik tapi sepupu sepapat. Keluarga mereka asalnya dari sini dan kebanyakan mereka menetap di sekitar sini-sini sahaja. Mudah untuk berkumpul walaupun hanya majlis harijadi..

Keluarga akak di kampung jarang sangat dapat berkumpul keseluruhannya. Selalu ada yang tertinggal. Tahun ini pula semua beraya di rumah mertua masing-masing terlebih dahulu, bertambah susah nak berkumpul. Namun yang penting setiap kali berjumpa anak-anak kami akan mesra bergaul. Itulah anugerah kekuatan ikatan tali persaudaraan..
Melawat kubur atuk.. 
Tengok video sama-sama...
Main congkak sama-sama...
Jangan duk main gajet sangat... 
 Isi masa lapang main congkak, main gitar... 
Almari lama kesayangan opah rasanya seusia akak...
Dah besar anak sedara mak cho ni...
Inilah dua anak saudara yang kiranya rapat masa kecik dulu..
Maalumler antara cucu terawal..
Along yang pakai topitu duduk dengan akak masa di Ipoh dari dalam perut sampai umur setahun setengah...
Mikael pulak dulu tinggal di kampung opah atuk jaga dan masatu akak berulang dari Bota ke Ipoh...


Semoga hubungan yang baik ini akan terus berkekalan sampai bila-bila. Mak Cho doakan semua anak saudara akan menjadi insan yang hebat dan berguna untuk agama, bangsa dan negara. Ingat asal usul kita walaupun di manapun kita berada... 

Comments

Popular Posts