Meatball Ikea @ Bebola daging Ikea
Hanya sebuah cerita ringkas. Ini kisah akak yang belum pernah sekalipun merasa makan bebola daging @ meatball Ikea yang sangat terkenal itu..Hendak dijadikan cerita haritu menemankan sahabat berjumpa pelanggannya di sekitar Ikea. Ambil kesempatan singgah sebentar ke sini untuk makan tengahari.
Kenapa akak tidak pernah makan bebola daging @ meatball Ikea yang glamer ini? Sebab utama selalunya akak datang ke sini dengan suami. Suami akak memang sanggup tidak makan kalau terpaksa berbaris panjang atau terpaksa menunggu untuk dapat tempat duduk. Jadinya kalau lalu di sini nampak orang ramai sikit dia kata 'tak payahlah'. Jadi hendak jadi rezeki akak dapat juga merasa. Beli satu untuk berkongsi makan berdua dan juga tapau satu sorang untuk diberikan kepada anak-anak.
Ini sahaja gambar yang ada...
Pendapat akak, biasa-biasa sahaja..
Sosnya juga bukanlah sedap sangat, atau tekak akak silap..
Bukan untuk akak mungkin untuk orang lain.
Yang penting pernah mencuba jadi jangan duk pelekeh!!
sedapnya
ReplyDeletemy fav
setuju kak, biasa2 je rasanya meatball ikea tuh...
ReplyDeletetp kadang sbb org kata sedap... selera masing2 pun lain2 kan