From Parit With Love

Kalau Paris terkenal dengan kota romantiknya, Parit pula adalah pekan nostalgia. Banyak kenangan di Pekan Parit yang sampai ke hari ini tidak mungkin dapat dilupakan. Semenjak pusat pentadbiran daerah Perak Tengah bertukar dari Parit ke Sri Iskandar, pekan ini semakin sunyi. Namun untuk generasi akak rasanya pekan ini tetap terpahat dalam ingatan. Semoga usaha pihak tertentu melukis mural di dinding akan menarik perhatian ramai untuk datang ke sini. Banyak yang perlu dilakukan untuk mengembalikan 'gah'nya. 
From Parit With Love...
Kalau menulis surat zaman dulu tagline dia itulah...
Mungkin menangkap ikan antara aktiviti orang Parit..
Mesti bergambar dengan ikon pekan Parit..
Menara Jam Besar yang kini berwarna kuning emas..
Jam besar yang menjadi kebanggaan orang Parit..
Menara Jam yang dibina sempena Hari Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957..
Pemandangan indah di pagi hari.
Bangunan di depan itu adalah SJK (C) Chung Hwa.
Seingat akak berdepannya dulu ada kedai gunting rambut wanita yang terkenal.
Dahulu orang kampung akak kalau bergunting rambut mesti pergi ke Pekan Parit..
Balik dari bergunting rambut atau ber'karan' pekena mi mamak maidin..
Pekan Parit dari tempat tinggi...
Jambatan yang nampaktu dulu jambatan kayu...
Pasar awam selepas jambatan bangunan warna oren atap merah...
Deretan kedai di seberangnya adalah bazaar jualan orang kampung...
Jambatan konkrit menghubungkan pekan Parit dengan Kampung Belanja Kiri..
Hanya kenderaan beroda dua dan pejalan kaki sahaja yang dibenarkan.. 
Di tengah-tengah terletaknya Pulau Cempaka Sari..
Dahulu terdapat bot penambang berulang alik dari Kampung Belanja Kiri ke sini.
Kini sudah tiada lagi kerana jetipun sudah ditumbuhi semak samun.
Sayang juga Pulau Cempaka Sari telah tinggal kenangan.
Dahulunya disitulah tempat kami lepak selepas habis kelas tambahan di Madrasah(menesah) Merah.
Ramai juga muda mudi yang berdating di sini.
Pulau ini ditutup kerana selalu sangat air bah.
Gambar dari blog :-HISEMUDINKASIM
Ajernyer yer dulu Pekan Parit memang ada kelas tersendiri..
Memang ingat ada filem Hollywood menjadikan  Pulau Cempaka Sari sebagai lokasi pengambaran.
Sukan air tu akak ingat lagi sebab ada cerita tersendiri.
Semasa itu akak ada tuisyen matematik di menesah(madrasah) merah, Parit.
Jadi hari sukan airtu suasana Pekan Parit memang meriah sangat.
Ah... nostalgia sangat pekan Parit pada akak..
Belum lagi kenangan melepak bawah pokok besar..
Siapalah sangka orangtu dah jadi tokoh ilmuanpun sekarang.
Sudah.. sudah... itu semua kenangan.
Moga pekan Parit akan terus terpelihara...

Sayangkan Pekan Parit yang penuh sejarah di tinggalkan sepi. Pedulilah sedikit dengan memberikan sentuhan yang membawa mampu membawa sinar. Tempat orang semakin hari semakin berseri-seri namun tidak berlaku di tempat sendiri. Padahal Parit ni bukan jauh sangat dari Ipoh.

Apa yang menarik atau aktiviti yang boleh dilakukan kalau anda berada di Pekan Parit?


1) Pekan Isnin (Pekan Senayan)~ pekan sehari untuk masyarakat setempat. Ada pelbagai hasil orang kampung dijual di sini. Riuh rendah orang Parit berjual beli yang seronok sekali diperhatikan. 
2) Pasar Awam ~ Akak suka pergi ke 'merket' Parit sebab hendak membeli taucu, belacan buatan orang kita. Rasa dia lebih sedap dari yang dijual secara komersial. 
3) Lanai Casuarina Cempaka Sari dulu dikenali sebagai Rumah Rehat Cempaka Sari ~ sudah pastilah aktiviti memancing(nga ~ kata orang kampung akak) ditepi sungai Perak.
4) Mi Hailam Parit ~ dulu orang Parit suka sangat makan mi hailam kedai kepunyaan orang Cina Hailam. Tapi sekarang jangan risau ada mi hailam orang kita yang rasanya kata orang sama dengan rasa mi hailam yang dulu. 
Melihat pada bangunan yang ada sudah diketahui lamanya pekan Parit ini wujud.. 

Comments

  1. Boleh buat filem my evening in parit. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha... ha.. betoi.. betoi.. betoi... menariktu...

      Delete
  2. Nostalgia mana boleh lupa Zila
    Jam itu dah lahir sebelum kita semua lahir - dah jadi antiklah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pasal... jamtu memang lambang pekan Parit kalau tiada jam tu macam tiadalah pekan Parit... berpisah tiada gitu... jam besartu adalah sumbangan orang ramai pulaktu, lagilah berharga..

      Delete
  3. Bestnya mengembalikan kenangan silam kan Sis? Semoga anak-anak Parit yang kini berada di luar akan selalu pulang dan tidak membiarkan Parit terbiar sunyi.

    ReplyDelete
  4. ooo dulu2 akak suke tulis surat cinta yek...

    from parit with love

    ReplyDelete
  5. mula-mula baca tajuk sebut paris dah..rupanya parit...tak pernah sampai sana.

    ReplyDelete
  6. Sayang sekali klu di biarkan sepi...pekan parit pada waktu dulu penuh dengan nostalgia...

    ReplyDelete
  7. Ater... Lama beno tak singgah ke pekan parit ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts