Kolam Renang Avillion Port Dickson
Santai pagi minggu semua, kita layan cerita di Avillion Port Dickson. Rupa-rupanya gambar di bilik tidak banyak, gambar di kolam renang banyak pula. Walaupun tidak dapat mandi di kolam 'privacy' Grand Lexis, kolam renang di Avillion PD juga tidak mengecewakan. Sebenarnya akak sudah kurang mengambil gambar anak berenang, tapi di Avillion PD rasa hendak ambil gambar sebanyak yang mungkin.
Selepas dapat masuk bilik anak-anak terus mengajak akak ke kolam renang. Kolamnya ada tiga , kid's pool (0.9m), village pool (1.2m) dan cochin pool (hanya untuk orang dewasa). Anak-anak banyak berenang di Village Pool yang berhadapan dengan tempat makan. Akak pula layan angin sepoi-sepoi di bawah pohon kelapa, bestnya...
Cantik pemandangan dari kolam renang..
Kolam untuk kanak-kanak, ada gelungsur..
Anak akak kini sudah kurang bermain di kolam kanak-kanak..
Anak akak kini sudah kurang bermain di kolam kanak-kanak..
Di sini juga ada pusaran air untuk yang ingin relax.
Ramai ibu bapa yang bawak anak kecil duduk di sini...
Ramai ibu bapa yang bawak anak kecil duduk di sini...
Restauran Village Court berhadapan dengan kolam renang...
Kolam dibuka 24 jam begitu juga restauran tersebut.
Kolam dibuka 24 jam begitu juga restauran tersebut.
1.20 meterjer.. nampak tak kat belakangtu...
Seronoknya korang yer...
Sila bunyikan loceng kalau ingin memesan minuman atau makanan...
Coachin Pool pula adalah kolam renang hanya untuk yang dewasa...
Kolam renang ini berhadapan dengan Water Chalet..
Kolam renang ini berhadapan dengan Water Chalet..
Nampak... sila patuhi larangan...
Yang penting 24 jam gitu...
Jadi boleh mandi sampai lebam...
Inilah kisah kami di kolam renang.. Paling seronok 24 jam tapi suami akak tidak benarkan jadi merasalah budaktu mandi di waktu petang dan pagi sebelum 'check out'. Jadilah untuk anak-anak, itupun dah cukup baguskan.
kt avilion ni mmg banyak kolam renang... mcm2 gaya ada...
ReplyDeletemmg seronok lah berendam bdk2 kan hehehhe
berapa rm avilion ni kak?
ReplyDeleteakak guna groupon.. harga asal rasanya 500++ tapi masa belitu murahler sikit... kot idak takkanlah sampai akak terlaju membeli...
Delete