Itenerari Hatyai Naik ETS dan Kedai Makan Sedap Hatyai 2019

Lega dapat tutup cerita jalan-jalan cari makan akak dan kawan-kawan di Hatyai syurga makanan kepada yang menyukai rasa makanan Siam yang sejati. Akak memang dah pergi berkali-kali ke Hatyai, kalau dulu sebab nilai RM kita yang tinggi. Tapi kali ini pergi kurang sikit seronoknya namun ingatkan makanan dia hati terus teruja untuk ikut sama. Dan inilah juga pengalaman kali pertama naik keretapi ETS yang menjanjikan seribu kenangan indah. 

Ikutilah kisah akak untuk perjalanan ke Hatyai menaiki ETS dengan bajet yang agak rendah. Tapi akak tidak melakukan lawatan ke tempat menarik yang ada cuma tempat makan yang pelbagai menunya. Rasanya untuk trip Hatyai bersama keluarga akak nanti pasti akak akan memilih keretapi ETS sekali lagi. Seronok aman damai tidak perlu penat memandu dan menghadapi jem yang menjadi-jadi bila hujung minggu..

ITENERARI 3 hari 2 malam JALAN-JALAN CARI MAKAN HATYAI

Jumaat : 
>Naik LRT ke KL Sentral
>Pengalaman pertama kali naik ETS.

Hari Pertama :
>Sampai di Padang Besar
>Naik van ke Hatyai
>Check in hotel Grand Pink 
>Brunch di Dimsum Chabura
>Balik bilik berehat dahulu
>Menuju ke Masjid Songkhla
>Makan di Khlonghae Seafood
>Pergi ke Floating Market Khlonghae.
>Ronda gerai tepi jalan di kawasan Lee Garden
>Balik hotel dan tidur

Hari Kedua :
>Bersarapan di Restoaran Salma
>Pergi beli kacang di Pasar Kim Yong
>Balik hotel untuk simpan barang
>Lepas solat pergi makan tengahari di Kai Tod Decha
>Naik tuk tuk ke Central Festival Shopping Mall
>Pergi ke Asean Night Market
>Ronda keliling hotel lagi
>Moh tidur...

Hari Ketiga :
>Sarapan pulut durian dan roti beli di 7eleven
>Ronda Lee Garden dan sekitarnya
>Makan tengahari di Restoran Chalee D'Hatyai
>Pergi ke area stesen keretapi
>Dapat teksi balik ke Padang Besar
>Balik ke Kuala Lumpur
Tempat WAJIB pergi kalau pertama kali datang ke Hatyai...
Akak mungkin tidak akan pergi lagi cukuplah dua kali...
Tidak banyak benda menarik untuk akak lagi...
Tapi kalau pertama kali datang mesti datang sini....

NAIK ETS
Pengalaman menarik untuk akak yang gemar bersembang dan jumpa orang baru..
Sesuai untuk yang suka berehat tidak perlu memandu....
Boleh beli tiket ETS menerusi online sahaja... 
Pilihlah waktu yang sesuai, namun hati-hati kerana ETS bergerak on time....


Boleh baca pengalaman dan tips menaiki ETS dari blog akak sebelum ini ..

HOTEL GRAND PINK PARK
Perkara pertama sampai di Hatyai marilah kita check ini Hotel...
Hotel pilihan kami ialah GRAND PINK PARK HOTEL yang terletak berdekatan Lee Garden...
Hotel baru jadi sangat bersih dan selesa, sangat bersesuaian dengan bajet kami...

Boleh baca review akak pasal hotel GRAND PINK HOTEL HATYAI...
DIMSUM CHABURA
Selesai urusan check in yang lancar kami membersihkan diri dan bersedia untuk bersarapan merangkap makan tengahari di DIMSUM CHABURA.
Tugas Wawa untuk mendapatkan grab untuk ke sana sebab restoran ini bukan area bandar.


Boleh baca dan layan gambar makanan yang menyelerakan ...

THE ISLAMIC COMITTEE OF SONGKHLA (MASJID SONGKHLA)
Selesai makan di DIMSUM CHABURA kami balik dulu ke hotel dan mengambil kesempatan untuk berehat..
Selesai berehat kami ambil grab untuk ke MASJID SONGKHLA untuk menunaikan sembahyang zohor sambil menunggu Restoran Khlonghae Seafood dibuka...
Tengok gambar sahaja sebab tiada entri khas untuk MASJID SONGKHLA...

KHLONGHAE SEAFOOD
Kedai makan yang WAJIB pergi kalau datang ke Hatyai sebab BERBALOI-BALOI...
Datang ke sini dengan perut kosong kerana banyak pilihan makanan laut, manisan, jeruk dan macam-macam lagi...
RESTORAN KHLONGHAE SEAFOOD sesuai untuk orang kuat makan macam akak...
Puas hati sangat datang ke sini dari orang tiada sampai penuh meja, akak masih lagi meronda mencari makanan...
Bayaran sekali tapi boleh makan sampai kenyang... 


ALL YOU CAN EAT di KHLONGHAI SEAFOOD secara detail ada di bawah ini...


FLOATING MARKET KHLONGHAE
Bersama perut yang kenyang kami pergi juga ke PASAR TERAPUNG KHLONG HAE..
Ini adalah kerana Wawa dan Syaza belum sampai lagi ke sini...


Nak tahu lebih lanjut apa yang menariktu!!

RESTORAN SALMA



PASAR KIM YONG
Pasar Kim Yong memang untuk pencinta kekacang....
Memang banyak juga pembelian akak di sini untuk diri sendiri dan untuk dijadi buah tangan.

Memang seronok tawar menawar di sini .... 

RESTORAN HALAL KAI TOD DECHA HATYAI
Antara kedai makan di pusat bandar Hatyai yang boleh dicuba iaitu KAI TOD DECHA.
Kedai luas tapi ramai orang jadi agak sesak sikit...

Boleh membaca lebih lanjut apa yang menjadi menu utama di sini....

CENTRAL FESTIVAL HATYAI

Mari kita ke pusat membeli belah yang moden pulak..
Bukan sekitar pusat bandar tapi berhampiran dengan Asean Night Market.


Jom kita beriadah di sini :-

ASEAN NIGHT MARKET HATYAI
Tempat yang korang mesti pergi kalau datang Hatyai...
Hendak mencari baju, seluar,bag, kasut, barangan kosmetik, gajet terkini inilah tempatnya...
Paling akak suka ialah deretan kedai makanan yang memang buat kita tak ingat diet dah...

Inilah tempat macam-macam ada :-

RESTORAN CHALEE D'HATYAI
Last but not least, restoran CHALEE D'HATYAI kami singgah sebelum balik ke 
Pada akak biasa-biasa dan mungkin tidak kena dengan selera akak.
Lagipun restoran ini agak jauh dari pusat bandar macam kurang berbaloi untuk ke sana.


Boleh baca cerita RESTORAN CHALEE D'HATYAI ...


KEDAI SEKITAR HOTEL

Jangan lupa untuk pusing-pusing sekitar Lee Garden terutama di waktu malam

Ada pelbagai gerai makanan untuk disinggahi...




7ELEVEN DI HATYAI

7ELEVEN Hatyai memang awesome kome...
Seronoknya sebab macam-macam benda comel ada...
Walau duit kita menyusut teruk, harga barang di 7ELEVEN Hatyai masih lagi murah


Jika hendak membaca lebih lanjut tentang 7eleven....

Comments

  1. seronok jjcm ke hatyai.. Mmg ada plan juga tp bkn dlm ms terdekat.. TQ for sharing info

    ReplyDelete
  2. memang betul-betul sorga makanan ye kak... semua nya nampak sedap... memacam jenis ada

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts