Trip ke Asean Night Bazaar : Apa Yang Best?

Sambung lagi  cerita Jalan Jalan Cari Makan .... Setelah tiada lagi kudrat hendak berjalan di Central Festival mohler kita beransur-ansur berjalan ke Asean Night Bazaar (market). Tidak jauh sangatpun, kami  berjalan mengambil masa lebih kurang 10 minit. Bagusnya pemandu tuk tuk yang bawak laju tadi kerana telah menunjukkan kawasan ini sebelum menurunkan kami di Central Festival. Oleh kerana datang terlalu awal, kami singgah ke bangunan sebelahnya Asean Plaza Hatyai. Sunyi dan kosong kemungkinan bangunan pejabat dan kami datang haritu ahad. 


Kami tidak tahu waktu sebenar pasar malam dibuka tapi kami lihat jam pukul 4.00 petang waktu Hatyai hanya ada dua atau tiga kedai sahaja di buka. Sebenarnya banyak waktu berbeza yang ditunjukkan di google. Namun memang bukan awal ok....



Apa yang best di sini? Tempatnya bukan macam pasar malam kita, lebih kepada pasaraya tapi banyak kedai kecil yang menjual macam di pasar malam. Paling menarik perhatian akak tentulah kedai makan yang menyediakan pelbagai makanan yang tidak terdapat di Malaysia. Lupa nak bagi tahu yang kali terakhir akak datang ke sini tahun 2014 tidak terkenal Asean Night Marketni. 

Pasar ini dikenali sebagai Pasar Minggu Hatyai macam kat tempat kita jugalah tapi kemudian di tukar ke Asean Night Bazaar. Ada dua tingkat , di bahagian bawah ada menjual pakaian, aksesori, bag, makeup, aksesori, gajet dan lain-lain dan di tingkat atas pula terdapat pelbagai gerai makanan halal. Asean Night Market ini terkenal dengan jualan produk kecantikan dan fesyen pakaian dengan harga yang murah tapi cantik macam yang dijual di pasaraya.. 








Selamat datang... nampak papan tandatu dah konfiden sampai...
Tapi tak ramai lagi penjual masa kami sampai....
Baca di internet ada kata dibuka pada pukul 4.00 petang ada juga kata 5.00 petang...
Akakpun dah lupa pukul berapa kami sampai tapi masatu macam lenggang lagi...
Bangunan sebelahtu memang lenggang rasanya cuma pejabat...
Rasa tak sabar nak menerokai Asean Night Market dah ni...
Inilah rupanya Asean Night Market dari luar...
Banyak tau gerai untuk diterokai....
Tudung yang dijual tidak menepati selera kami..
TIdak banyak kedaipun yang menjual tudung....
Jadi next....
Tempatnya bersih dan agak teratur....
Masa kami pergi tidak ramai jadi agak selesa untuk membeli belah...
Ada bangku untuk kaum lelaki menunggu kaum wanita bershopping....
Inilah tanda yang kami dah sampai Asean Night Market....
Kami memang tidak suka bergambar jadi ambil gambar orang lainjer....
Inilah pemandangan dari atas ...
Banyakkan gerai untuk dilawati....
Yeah!! yeah!! kami sampai ke atas bermakna kami berada di kawasan makanan....
Tu dia udang dia yang femestu....
Tak belipun tapi seronok tengok sahaja...
Pankek pisang ini akak cuba ...
Manis tapi sedaplah juga...
Sushi yang sangat pelbagai...
TIdak mahal sangat tapi kami tidak belipun...
Hanya seronok ambil gambar sahaja...
Memang banyak pilihan ...
Akak tidak beli juga...
Macam pelik sebab banyak sangat makanan di sini, habis dak!!
Kalau tak habis rugilah yer....
Dan lagi... dan lagi....
Ya Allah memang banyak sangat makanan...
Siapalah yang makan sebanyak ini....
Kreatif sungguh orang Siam ini....
Warna warni buatkan rasa macam nak makan...
Tapi akak tak beli juga...
Jus air buah-buahan ini memang akak beli sampai dua ...
Serius sedap macam di kedai Boost...
Pilihlah gabungan buah-buah yang pada akak semua sedap...
Mesti beli yang ini kalau datang sini..
Banyak gerai yang jual air sedapni...
Suasana Asean Night Market apabila malam.
Banyak lampu dinyalakan untuk menambahkan seri pasar malam ini...
Bila malam rupanya barulah ramai orang yang datang...
Tapi kami memang target nak meronda sekali lagi di kawasan hotel...
Ada juga barang yang kami beli di sini....
Kalau datang ke Hatyai, Asean Night Market sepatutnya ada dalam senarai tempat untuk dilawati.. Paling akak suka adalah pelbagai makanan dan minuman yang dijual di sini... Kagum rasanya walaupun akak tidaklah mampu nak beli semua... Seronok melihat gelagat penjual dan pembeli di sini... Ok bai selesai dah hari kedua kami di Hatyai.... 

Comments

Popular Posts