Kedai Makan Halal Kai Tod Decha Hatyai
Tujuan kedatangan kami ke Hatyai sememangnya untuk makan ... makan... dan makan... Hari pertama telah terlaksana misi makan kami di Chaburi Dimsum, Khlonghae Seafood dan juga Khlonghae Floating Market.S ebelah malam juga puas dengan merasai makanan jalanan (food street) sekitar Lee Garden dan juga membeli roti di 7eleven. Kesemua itu berada di sekeliling hotel Grand Pink sahaja, itu sebab akak cakap Hotel Grand Pink Park sememangnya best.
Hari kedua misi mencari makan diteruskan dengan bersarapan di Restoran Salma.. Masa akak pergi awal tahun 2000 dahulu ini adalah antara restoran yang ada termasuklah Restoran Hameed.. Sekarang sudah bertambah banyak restoran halal yang ada di Hatyai. Gambar di Restoran Salma tidak banyak, nantilah di akhir cerita jalan jalan cari makan Hatyai akak akan diceritakan pasal restoran ini. Untuk makan tengahari kami pergi ke Kedai makan Kai Tod Decha yang terkenal dengan nasi kuning dan ayam goreng yang sedap.

Rasa makan di Damansara lagaknya mun dah orang Malaysia belaka-belaka...
Kaunter bayaran dia bertutup ok..
Rasa bayar tolpun ada...
Kau bacalah menu yer Syaza..
Kau pilih apapun akak ok jer...
Menu dia memang macam-macam...
Kita selfie dulu yer....
Kita memang target nak makan nasi kuning.
Tapi toleh kat meja sebelah macam tak habisjer....
Tapi bila kami dah separuh makan toleh lagi tengok pinggan dah licin...
Jadi tak dapat nak habaq sedap ke idok....
Teh tarik ais....
Inilah sedapnya kome.. berbuih buih....
DI Hatyai ni walaupun kita makan bukan tapau, air memang dalam bekas plastik...
Tak tahulah akak lapar sebab gambarni macam akak mengigil...
Inilah hidangan kami, tomyam udang, telur dadar, kerabu mangga dan ayam goreng..
Sedaptu sedaplah jugak tapi harga dia boleh tahan nak bayar....
Mencari udang...
Inilah udang yang di cari...
Besar jugak tapi kurang segarnya...
Kedainya luas, tidak jauh dari Lee Garden @ Hotel Grand Pink..
Kamipun jalan kakijer dari hotel..
Keluar dari kedai banyak tuk tuk menunggu....
Oleh kerana Wawa dan Syaza tidak pernah naik tuk tuk moh kita cuba...
Destinasi seterusnya ialah Central Festival Mall...
dap nya..windu Bangkok. pernah makan gak kai tod decha ni..branch kat Bangkok...dappp.
ReplyDeleteterbaik
ReplyDeletesegabak udang nya ya kak....
ReplyDelete