Restoran Chalee D Hatyai

Sebelum balik ke Malaysia, tempat makanan terakhir yang kami singgah ialah Restoran Chalee D'Hatyai yang jauh sikit dari pusat bandar. Kami pergi dengan grab dan restoran ini terletak di tepi sungai dan ada tempat makan di luar restoran juga. Restoran nampak cantik tapi kami pelanggan pertama yang datang. Sunyi pulak!!
Kami terus check out dari hotel dan angkat semua bag..
Senang lepas makan dah boleh balik ambil teksi ke Padang Besar...
Kami pilih makan di bahagian dalam...
Tengok tiada orang lagi...
Tapi selepas sepuluh minit gitu adalah satu rombongan bas datang ke sini...
Rasanya rombongan yang ramai datang ke sini sebab restoran ini besar...

Tidak mahu bermewah kami cuma makan nasi berset gini...
Kita makan ikut duit bath kami yang tinggal sahaja...
Kami tidak tukar banyak duitpun sebab datang memang untuk makan sahaja....
Pemandangan tidaklah cun manapun...
Air sungaipun keruhjer....
Masatu panas dan tiada angin rasa rimaslah jugak....
Ini pula tempat makan di luar....
Cantik dak restoran ini!!!
Cantikkan tapi makan oklah biasa-biasa sahaja...
Kamipun bukan makan yang gempak pun...
Lagipun tempat ini agak jauh macam tak berbaloi sahaja...

Ok, sekian untuk cuti-cuti makan-makan kami di Hatyai... Tapi nanti akak nak bagi tips dan itinerari perjalanan akak di Hatyai... Mungkin membantu sesiapa yang ingin datang ke Hatyai dengan bajet yang agak rendah.. Cuma duit kita dah teruk dari Bath ... Dulu datang Hatyai rasa macam orang kaya tapi trip Hatyai terakhir ini akak rasa ehm miskin pulak... 

Comments

  1. mentang-mentang nak balik dah, makan tak best pun redho je ye kak

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts