Pasar Kim Yong Beli Kacang

Kalau berada di Hatyai dan nak beli buah tangan untuk kawan-kawan jom datang ke Pasar Kim Yong... Tujuan utama kami datang ke sini ialah nak membeli seaneka kacang dan mencari mangga kering... Memang banyak kedai tapi jalan agak sempit dan tak tahu kedai mana yang paling murah... Mungkin kami pergi hari biasa tidak ramai orang di kawasan ini, jadi agak selesa berbanding kalau di hari minggu..Jadi kalau dah tak ramai orang, penjual punyalah ramah tamah mempelawa kami singgah ke kedai.

Jom tengok gambar... betapa seronoknya tengok kacang yang kalau kat Malaysia mampu lihatjer, kalau di sana bolehlah juga membeli.. Puas makan untuk diri sendiri dan puas jugalah memberi kepada orang..
Salah satu kedai yang kami singgah membeli...
Seronok tak tengok kacang yang banyaktu...
Di bahagian luar banyak menjual buah-buahan yang segar bugar...
Memang akak suka sangat..
Lorong yang sangat kecil..
Kalau korang diva elaklah masuk ke sini.. 
Terhibur hati tengok kacang-kacang ini..
Sedang menulis ini teringat-ingat pulak nak ke sana lagi...
Tentulah dengan keluarga pulak...
Masa pergi dulu anak akak kecil lagi....
Barangan sotong kering dan yang macam di Pangkorpun banyak di sini.
Kacang gajus juga ada pelbagai jenis...
Hat yang mahal memang lebih sedap dari yang murah..
Buahan kering juga ada di sini....
Macam-macam coklat juga ada di sini...
Sardin cap ayam pun banyak kedai jual..
Ramai juga mencari pes tomyam di sini....
Yang suka di sini sudah pastilah kaum ibu....

Kami bersarapan di Restoran Salma.... kami berjalan kaki sahaja ke sini... ikut sahaja arahan waze ... sudah ada teknologi ralatlah kalau tak gunakan... sebab dah berat tangan kami berjalan balik menuju hotel sebelum keluar balik untuk makan tengahari di Kai Tod Decha yang wallah sedapnya teringat-ingat....

Comments

  1. geramnya nengok segala macam kacang-kacang terutama gajus tu kak oi... aduhai
    sotong kering tu memanggil menengoknya... mana yang pergi seitu tak beli apa memang rugi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts