Khlonghae Seafood Buffet Halal Hatyai

Khlonghae Seafood Hatyai adalah sambungan cerita makan di Chaburi Dimsum ... Kedai yang menjadi pilihan kami dek terlalu mengkaji dalam blog kawan-kawan. Selesai di Chaburi Dimsum kami balik ke hotel dan berjalan sekitar hotel. Singgah cuci mata ke pelbagai kedai yang ada di situ. Berehat di hotel terlebih dahulu sebelum merencana untuk ke kawasan Khlonghae. Tempat pertama yang kami jejaki ialah Songkhla Central Mosque untuk merasai sembahyang di situ. Selesai solat berehat dahulu kerana kedai Khlonghae Seefood ini hanya dibuka pada pukul 3.00 petang..

Kami adalah kumpulan pertama yang sampai ke sini. Masatu kedaipun belum buka lagi dan ada lagi sebiji kereta masuk. Buka sahaja kedai kami serbu... Ya Allah memang best sangat.. Kalau akak pergi lagi dengan suami dan anak-anak memang tempat ini yang paling akak nak datang lagi... Akak memang suka sangat dengan seafood jadi tempat ini seperti impian menjadi kenyataan. Korang harus singgah sini.. Dengan harga yang pada akak berbaloi makanlah puas-puas..Kalau kita pergi stimbot di Malaysia tak dapat nak merasa seperti ini... 
Percayalah kami yang pertama sampai sini...
Siap boleh posing baik punya...
Kami bergerak di Hatyai menggunakan grab...
Memang tiada masalah...
Yang ini untuk yang suka gril...
Lupa nak ambil yang untuk stim...
Boleh pilih mana suka yer...
Kuah untuk stim tentulah kuah tomyam...
Syiok ooo kosong lagi..
Di sini rasany ada bubur dan segala rojak..
Ada makanan bergoreng juga..
Ada nasi goreng, mi goreng maggi goreng....
Ah bestlah. 
Segar belaka...

Manisan yang pelbagai...
Ada orang Siam tolong akak buat bendani...
Dia tengok akak macam peghak sangat kot...
Ini pilihan di luar pulak...
Kiranya banyak betul pilihan... 
Segar you all... baruler selera...
Memang tak kedekut...
Air minuman yang ada...
Lupa nak habaq ada 3 jenis sos yang diberikan ....
Pilihlah antara sos cil, sos cili flakes ala Thai dan sos cili api bawang putih perah limau..
Sudut ikan bakar...
Sebab kenyang ambil satujer....
Kau rasa.... satay pun ada tau....
Yang ini akakpun tak cuba....

Pilihlah selagi larat nak pilih....
Pinggan yang banyak tersusun rapi di sini.... 
Inilah harga yang dibayar untuk makan di sini...
Berbaloi sangat untuk kaki makan macam akak...
Rasa puas tu susah hendak digambarkan...

Datang awal macam kami, sebab bila kami selesai makan ku lihat meja dah hampir penuh dengan manusia. Selesai makan di sini kami akan ke pasar terapung yang terkenal itu.. Memang tujuan datang ke sini dahulu adalah sebab di sini buffet jadi kita kenalah makan sehabis maksima. Kalau dah pergi ke pasar terapung tentulah kita dah makan sikit-sikit nanti  perut dah kenyang...

69/72 Lopburi Ramesuan Frontage Rd, 
Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Comments

Popular Posts