Tempat Menarik Reunion di Sabah

SELAMAT TAHUN BARU 2017.. Cerita pertama tahun ini. Ini kisah kawan sekolah akak yang ber'reunion' di Sabah. Siapa menyangka hubungan terputus bersambung di whatsapp menyemarakkan rasa sayang sebagai sahabat terbang bersama ke negeri di bawah bayu. Begitulah ceritanya sahabat akak yang ber'reunion' sampai ke Sabah sana nun. Sahabat asrama perempuan ini akrabnya lain macam sikit. Maalumlah masatu kita tidak punya adik beradik, kalau ada masalah sahabatlah tempat bermanja.


Akak ada hati juga ingin terbang bersama tapi banyak komitmen yang menanti, dibatalkan sahaja hajat dihati. Gembira melihat sahabat semua berjumpa, terasa diri juga ada di sana. Mesti teringat zaman nakal budak sekolah dulu-dulukan. Maalumlah asrama sekolah perempuanni nakal dia tidak sama dengan sekolah campur. Ah! ingat balikpun tidak guna jom tengok gambar kenangan sahabat di sana. 
Sampai di Kota Kinabalu disambut oleh geng Sabah.
Cemburu sangat melihat gambar sahabat-sahabatku...
Tuan tanah Sabah bergambar di tempat letak kereta...

Tempat menarik : Pantai Tanjung Aru
Di Tanjung Ara kita bercanda dan makan tengahari bersama.
Jumpa juga dengan senior SERATA yang juga kawan baik akak di Universiti..
Rindu kamu semua insan yang pernah bersama...
Makan tengahari disediakan oleh kawan-kawan Sabah..
Makan pula di tepi pantai yang tentunya lebih berselera...
Kelas gitu disambut dengan kek sempena reunion...
Sahabatku di Sabah memang berbesar hati menerima kunjungan sahabah lamanya...

If you ask our locals for nice place to see sunset, 99 out of 100 will say Tanjung Aru Beach. To KK folks, Tanjung Aru Beach holds an important place in their memories. Many build their first sand castle or bring their first love here.
Sumber :- MYSABAH

Tempat menarik : Pasar Filipina
Pasar Filipina tempat wajib pergi..
Shopping jangan tak shopping sampai juling mata...

LAWATAN ke Kota Kinabalu, Sabah, dianggap tidak lengkap sekiranya tidak singgah ke Pasar Kraftangan atau lebih dikenali sebagai Pasar Filipina oleh penduduk tempatan serta pelancong.
Pasar itu, yang menjadi tumpuan para pelancong, terletak di Jalan Fuad Stephen dan bertentangan dengan Kompleks Sinsuran diibaratkan sebagai syurga bagi kaum hawa terutama yang meminati barang kemas dan aksesori berasaskan mutiara dan kristal

Pasar ini juga menempatkan beraneka produk kraftangan yang dihasilkan penduduk tempatan serta yang diimport dari Indonesia dan Filipina seperti tikar, beg tangan, sarung pen, alas meja, batik dan ukiran khat.
Sumber :- UTUSAN MALAYSIA
Rumah Rehat 
Mesti banyak mengimbau kenangan zaman di asrama..
Akak boleh bayangkan riuh rendah yang mereka cipta...
Ah! alangkah indahnya kalau aku juga ada di sana..


Tempat menarik : Taman Kinabalu
Hari kedua dengan memakai baju tempahan khas untuk reunion..
Seronoknya dapat jejakkan kaki di Taman Kinabalu...
Puan Admin whatsapp yang baru bergelar Hajjah...
Comelnya binatangtu...
Kasihnya anak gigih angkat emaknya yang menghargai kawan-kawan..
Bayangkan sahabat akakni baru menjalani pembedahan kaki..
Namun disebabkan sudah berjanji dia tetap memeriahkan reunion.
Sekalung tahniah untuk sahabatku berhati waja, patutlah dapat anak menyejukkan perut.
Semoga anak-anakku juga akan menjadi anak yang hebat seperti ini.

Kinabalu merupakan pintu masuk ke Gunung Kinabalu. Ia terletak 1,585 meter di atas paras laut dan menjadi tapak permulaan bagi pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Ia meliputi kawasan seluas 754 km persegi dan merangkumi Gunung Kinabalu, Gunung Tambayukon dan kaki bukit.

Gunung-gunung ini memiliki sejarah geografi yang menarik dengan mengambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk. Gunung Kinabalu yang tersergam indah sebenarnya adalah massif granit yang kemudiannya tembus dari kerak ke permukaan bumi.
Sumber :- MALAYSIA.TRAVEL

Tempat Menarik : Rumah Terbalik
Mesti pergi ke Rumah Terbalik ini kalau ke Sabah...
Alahai bila pulak akak boleh sampai ke sini!!!
Kawan akuni macam dulu-dulu jugak lagi...
Angkat jangan tak angkat yer... 
Entah apalah yang dibincangkan...

Rumah Terbalik is the first upside-down house in Malaysia. This building is situated along the main highway leading to Mount Kinabalu, Kiulu River rafting and all the districts on the east coast of Sabah (i.e Sandakan, Lahad Datu, Semporna and Tawau) in Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli, district of Tuaran.
Today, you will be able to view a traditional Sabah kampung house fully equipped with kitchen, living room, bedrooms, toilet, veranda and garden in a new perspective – upside down!
A visit to the upside-down house guarantees to be one of your most memorable experiences and it is a must-see attraction that you should cover in your Sabah itinerary.
Sumber :- UPSIDEDOWNHOUSE

Tempat Menarik : Kundasang (Sinurambi Homestay)
Menarikkan homestaynya boleh nampak Gunung Kinabalu..
Aman damai suasananya walaupun hanya di dalam gambar..
Penginapan malam kedua di Sinurambi yang berkabus..
Terasa sejuknya kala melihat gambar ini...
Boleh melihat keindahan Gunung Kinabalu...
Wow... teruja yang amatni...
Masak ramai-ramai untuk makan malam...
Mesti duk ingat kenangan makan di dewan makan dulukan...
Cayalah kawan-kawanku korang memang hebat!!

Review dari Page facebook Sinurambi, boleh baca lagi 
Anda wajib tinggal di sini sekiranya
# inginkan udara yg nyaman 
# background gunung kinabalu
#ingin ke "new Zealand" ladang tenusu (10 min ja dari sini), 10 minit ke Memorial Park
#ruang homestay yg sgt luas
#dikelilingi pelbagai bunga dan sayur2an milik Sinurambi Homestay
#BBQ malm2... blh masak sendiri dan petik sayur di luar..
#harga /sewa bilik sgt berpatutun!!
#paling penting: pemilik homestay suami isteri sgt lah baik hati dan peramah!!!

Tempat kunjungan kawan akakni juga merupakan antara tempat yang harus dilawati kalau ke negeri Sabah. Syukurlah punya kawan di Sabah yang tentulah tahu dimana tempat yang harus dikunjungi. Jadi lawatan mereka lancar dan sungguh sempurna sekali..

SAMBUNGAN esok .... maafkan aku sahabat memaparkan kisah kome di sini. Aku bangga punya sahabat seperti kamu semua. 

Comments

  1. wow bestnyaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. Bestnya reunion kawan sekolah. Bestnya Sabah. Saya pernah merasa sekolah di Sabah setahun tau Sis.Memang suka sangat kalau gi Sabah jumpa kawan-kawan sekolah dulu.

    ReplyDelete
  3. Seronok pulak tengok gambar kengkawan CZ kat Sabah. Teringinlah nak bawak anak ke sana. Mcm Bestkan....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts